folooo...

12 Oktober 2010

Set Lengkap Sudu Cereals Nestle



Makan cereals Nestle memang sedap,bukan budak-budak je suka, orang dewasa macam aku ni pun suka.Makanan berkhasiat dan berzat ini banyak dikeluarkan oleh syarikat Nestle.Aku paling suka koko krunch.Anak-anak aku memang suka sangat makanan ini.Beli mesti tak sampai satu hari dah habis,tu yang kena beli banyak-banyak.Kalau anak-anak suka makan makanan ni aku pula suka beli bila ada souvenir percuma disertakan.Nestle Cereals memang selalu bagi cenderahati bersama kotak-kotaknya.

Disini aku paparkan set lengkap pemberian sudu percuma dari Nestle Cereals.Terdiri dari Koko Krunch (merah), Milo (hijau),Honey Star (biru) dan Cookies Crisp (kuning).Kat sini ada pula terlebih sudu merah koko krunch.......(nampak lawa pula bila beratur warna-warni....he ...he ...he...).


Sudu dah lengkap,kini kena buru mangkuk pula,mangkuk milo dah ada kena cari yang lain cukupkan set.Baru-baru ada nampak mangkuk Honey Star tapi yang lain-lainnya tak pula nampak kelibatnya. Ada satu set macam sudu atau pun tak ada aku tak pasti pulak...konpius ni.Kalau adakan best.....

Info tambahan: sudu kuning juga boleh didapati dengan produk FROSTIES

3 ulasan:

iaryylr berkata...

Syabas Bro! saya belum lengkap lagi, tak terkejar lagi sebab stok lama ada lagi, selepas ini bolehlah bro lengkapkan mangkuk pula.. yeh!

Spallan berkata...

anak-anak suka cereal, abahnya suka sudu cereal...hehehe

nikths berkata...

TQ bro Iaryylr.Harap misi berjaya.
Ya betul bro spallan,serampang 2 mata he..he..he..
Dunia hobi mengumpul ni memang pelik dan menarik,mcm2 ada..

Related Posts with Thumbnails