folooo...

03 Oktober 2010

Beli 4 liter dapat ............1.5 liter PERCUMA....













Tumbler saiz jumbo ini akan diberi percuma jika anda membeli minyak hitam havoline 4 liter di stesyen minyak CALTEX.Sebagai pekerja stesyen minyak CALTEX isteri juga layak membawa pulang tumbler ini.Pemberian promo ini bukan pada masa sekarang tetapi berlaku pada tahun 1994 kalau tak silap aku.Maknanya umur tumbler ini seusia dengan budak tingkatan 4.
Sebenarnya tumbler ini kepunyaan mak mertua aku,oleh kerana pada tahun tersebut isteriku masih anak dara lagi maka otomatik tumbler ini diberikan kepada maknya.

Pada Hari Raya Haji tahun lepas mak mertua dan anak2nya termasuk isteriku membuat korban lembu maka sedikit daging korban diberikan kepada kami dengan mengisi daging tersebut kedalam tumbler ini semasa kami balik semula ke Johor.Sehingga sekarang tumbler ini masih berada dirumah aku.Aku pula asyik terlupa nak bawa balik ke kampung,mak mertua tak pula tanya pasal tumbler ni.Agaknya tumbler ni memang nak tinggal kat rumah baru......he he he....( nak kena mintak pelepasan ni....)

1 ulasan:

iaryylr berkata...

tumbler Caltex ini memang cun la!

Related Posts with Thumbnails