folooo...

11 Mac 2013

Mug Klassno Hitam

'Klassno' atau 'No Class'.Item yang tidak digemari, atau no class item ha ha ha....tapi aku suka mugnya.
Masih banyak lagi di pasaran.promosi dari penghujung tahun lepas.Secara jujur aku mengaku bahawa kopinya kurang 'kick', Indocafe lagi sedap dari ni.Yang ni buatan Temasik.

09 Mac 2013

Zaman Kapal Api


Dapat kalau tak silap bulan Oktober 2012 tapi tak kesampaian untuk entri hinggalah ke hari ini.Beli online dari Sabah bersama-sama 3 item yang lain.

Semasa sampai kat rumah dalam keadaan memuaskan tetapi sayang semasa membasuh tiba-tiba tangkainya patah.Gosok bukan kuat pun.Mungkin dah memang sampai masanya nak buat macamana ya..


Akhirnya kesampaian juga nak memiliki mug kapal api ini setelah puas mencari.Ada satu pun jadilah walaupun ada kecacatan kecil.Kawasan yang patah sudah digam dengan gam UHU.
Related Posts with Thumbnails