Semalam sessi korek barang bersama kawan sekerja.Sekarang collector barang-barang freegift kat tempat kerja dah bertambah.Dari seorang menjadi 4 orang ( yang aku tau la), ini menjadi persaingan yang sihat.Dapatlah aku bertukar-tukar pendapat dan bertukar-tukar barang,tidaklah aku keseorangan lagi.Bertambah meriahlah acara korek-mengorek barang.
Salah satu barang yang nak ditunjukkan disini ialah kenangan permainan dahulu semasa zaman budak-budak.
Sekotak 'ubat bedil ' (peluru) bagi pistol mainan.Peluru bergulung dengan titik belerang diatasnya.Sesiapa yang zaman kanak-kanak pada tahun 70an hingga 80an memang kenal dan tahu cara nak bermain.Sayangnya pistol aku tak dapat tetapi kalau budak-budak zaman IT ni nak tengok boleh tengok sini
![]() | |||
| kredit kepada http://zulfikarhazri.blogspot.com |
Yang ni pulak yang baru sedikit era 90an
![]() | ||||||
| kredit kepada http://zulfikarhazri.blogspot.com |
Adakah nombor diatas tu tarikh dikilangkan atau no siri bagi kotak ni?
Kalau tarikh dikilangkan, memang dah lama sangat la peluru ni.Memang kotaknya sempoi pun, tiada barkod,tiada nama pengimpot, tiada tarikh luput atau dan sebagainya sepertimana barang-barang sekarang.


2 ulasan:
Syabas Bro! Dan selamat muncul kembali! :)
Bro kalau ada lagi belilah lebih, boleh jual kat kawan2 :)
TQ Bro Iaryylr,inshaa Allah, kalau terjumpa saya akan ambil.
Catat Ulasan