folooo...

29 Jun 2012

Hanya Tinggal Kenangan......

Hanya tinggal nama dan kenangan....suatu lipatan sejarah perbankan Malaysia.
Botol air aluminium ini telah dihadiahkan oleh anak murid kepada isteri sempena Hari Guru 2012 dan isteri telah menukar hakmilik kepada aku secara rela tanpa diminta,Rezeki jangan ditolak....TQ my dear...

26 Jun 2012

Main BOH jer.....

 Sekarang tengah promo teh BOH dengan pemberian mug 2012 (bentuk mug sama 2011 tapi lukisan grafik baru).Mula-mula tak perasan juga sebab sticker kecil dan corak mug seakan-akan sama.Setelah diteliti baru nampak ada kelainan.

 Tetapi....akan ada tetapi(pinjam ayat spallan....) aku dapat yang jenis macam ni pulak(2 gambar atas ni).
Ceritanya.............
Aku beli teh BOH ni setelah bertanya tentang kotak putih yang diisi mug tersebut.Yang silapnya aku tak minta dia buka isi kotaknya.Bila sampai sampai kat rak memang ada kotak promonya dengan mug design baru maka terus sambar.Setelah membayar dan ke kaunter tebusan staff telah membukanya dan memeriksa isinya takut ada retak atau pecah maka pada masa itulah aku nampak mug promo tahun lepas dengan gambar lelakinya.Setelah ditanya mengapa dapat mug berlainan dengan yang tengah dipromosikan staff tersebut cuba mencari dan menjawab " encik yang ni je yang ada" dah tak ada mug lain lagi.
Aku dengan muka kecewa dan pasrah tetapi meminta dia mencari jenis yang ada muka perempuan sebab yang lelaki aku dah ada,alang-alang dah tak dapat yang baru baik minta yang aku belum ada.Maka dapatlah aku 'completekan' siri mug BOH 2011 ni tapi terkilan juga sebab tak dapat mug baru 2012 tu.Tak apa ada rezeki boleh dapat lagi ni....(ayat penyedap hati...kah kah kah )

Promo 2012
Inilah rupa mug baru 2012 tu...

Entri mug BOH 2011 versi lelaki  di sini

25 Jun 2012

Cik Maggi mengajar memasak.........

 Pandangan depan cover

24hb Jun 2012,jam 4.30 ptg mempersembahkan 2 pek kosong Cukup Rasa 300g,1 pembungkus luar Mee Maggi 2 Minit Kari(5 pek) dan 3 4 kotak 60g kiub Ayam dan TomYam yang semuanya berjaya aku kumpul matanya sebanyak 32 mata untuk menebus buku resepi edisi terhad dari Maggi.

 Pandangan belakang cover

Seorang budak lelaki Cina berpakaian kuning Maggi yang tengah duduk menunggu seakan mengantuk kerana tiada sesiapa yang datang menebus buku resepi ni.Mungkin ramai yang tak minat kot? Mungkin juga sudah ramai yang menebusnya pada tengahari tersebut.Aku lihat hanya 1 kotak saiz sedang kat tepi kaki budak cina tu,agak-agak dalam 30-50 buah buku sahaja yang boleh dimuatkan.

 Kandungan Resepi

Difahamkan 100 buah buku diperuntukan bagi sesebuah stesyen penebusan dan seorang hanya boleh menebus satu buah buku untuk hari tersebut,Kalau nak lebih kena tunggu hari lain pulak.

 100 Sajian lazat @ seimbang dari maggi

Dua hari diperuntukan untuk masa penebusan iaitu hari Sabtu dan Ahad bermula 12pm - 9 pm.Jam 5pm-6pm (rehat).

 Berbentuk seperti Kalendar meja

Buku resepi ini mempunyai 2 versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English.Kalau nak diikutkan aku nak kolek kedua-duanya sekali tetapi dah tak sempat pulak.Tarikh tutup penebusan ini berakhir pada 30hb Jun ini.Bajet dan tak ada nak tunggu gaji hujung bulan ni baru dapat.

 Salah seorang chef pilihan yang menyumbangkan komen dan resepi....ada kenal ke?Dan ramai lagi chef yang dijemput 'masuk buku' termasuk Pemenang Masterchef 2011 tak lain tak bukan Dr.Ezani Farhana

Kelongsong dan isinya

Aku ingatkan saiz buku ni sama saiz dengan kalendar meja yang biasa tu tetapi bila dapat mak ooi! besar juga saiznya.Lebih kurang saiz kertas A4 satu rim atau besar sikit je.Kira berbaloi juga mendapatkannya dan bertambah berbaloi-baloi kalau dimanfaatkan isi kandungnya.Insya Allah aku akan cuba masak ikut resepi Cik Maggi ni......he he he..isteri lagi suka la kalau aku masak.

23 Jun 2012

Suam-suam Kuku.........Tak Sepanas Iaryylr


Macam-macam ada dengan minuman seratus campur ni.Apapun kena dapatkan juga frigde magnat yang bro Iaryylr infokan.TQ Bro.Pelik juga kenapa 'hot item' fridge magnet tu dapat dengan beli 2 x 500ml je sedangkan yang ni........kos buat bag mahal kot? Apapun bagi aku semuanya terbaik....

21 Jun 2012

Ibu beranak ramai...

Kelahiran yang besar hari ini....alhamdulillah,murah rezeki.'Ibunya' biar didalam kotak tanpa dibuka.Maaf gambar 'ibu' tak dapat diambil,dalam 'pantang' he he he....

20 Jun 2012

Baru nak tunjuk belang......Sunquick 2012



Kalau yang lepas putih je...sekarang dah ada warna dan belang.Baru rasa ada berani...he he he..Tarikh lahir minggu lepas dan tahun ni.

Sunquick 2006 (Hijau)

Ahkirnya......dapat juga yang hijau.Misi diteruskan dan si Merah menjadi target.

Kupasan Lemon segar...

Pertemuan yang tak sengaja di petang hari di sebuah kedai apek apabila hendak membeli maggi.satu kotak penuh setengah dozen.

03 Jun 2012

Tumbler Plastik Fernleaf 1 + 3

Harga sebiji seringgit.Hanya jumpa 2 biji ni je.Tak tahu berapa jenis watak yang dikeluarkan.Juga tidak tahu bila dikeluarkan.Rasa-rasanya beberapa tahun lepas.Saiznya boleh dikatakan mini( bandingkan dengan pemetik api tu ).Sebesar botol susu saiz medium.
Air yang boleh diisi hanyalah satu atau dua cawan sahaja.Sangat sesuai untuk baby dan anak kecil ketika dalam perjalanan.Sungguh comel sekali tumbler ni.Bila terpandang ni terus rembat apabila harganya tersangatlah murah.

Sebenarnya ada gambar aksi yang lain si kucing bermain gitar dan si arnab bermain gaya 'mengoreng' gitar tetapi tak dapat diambil sebab kad memori dah penuh dan kamera pula buat hal,selalu auto OFF selepas display bateri habis ( bila tukar bateri baru pun hanya bertahan 3 keping gambar je kemudian Auto Off semula).nampak gaya nak kena buat koleksi kamera ni.Dia suruh beli baru kot!

01 Jun 2012

Sunquick 2007 (Oren)


Sudah lama menanti sunquick 2007 kepangkuan.Ingatkan dapat yang versi nenas tapi tak apa asalkan ia gelas sunquick 2007.Selain oren dan nenas apa lagi versi yang ada?
Related Posts with Thumbnails