folooo...

29 Mei 2012

Sunquick 2006 (oren)

Sekali pergi hanya ambil 2 biji.Pergi kali kedua dah langsai semua disebat orang lain.Betapa gelas ini juga disukai ramai hu hu hu....gelas subquick 2006 versi oren ini dapat di kedai taman rinting sebulan yang lalu.Ada juga versi hijau dan merah.Aku masih mencari versi-versi tersebut.Kebanyakan gelas-gelas sunquick yang aku dapat adalah dari versi oren.Kenapa ek? Yang lain tak serasi ke dengan aku?....

Sama tapi tak serupa...

Dua keping piring bersaiz kecil sedikit daripada set piring cawan Nescafe Gold putih.Rekabentuk yang seakan sama dengan warna yang sama, cuma yang membezakannya adalah cop pada bawah piring tersebut.Hanya cop NESCAFE sahaja bukan Nescafe Gold tetapi kaler chopnya berwarna emas seperti Nescafe Gold.Yang menjadi misteri adakah piring ini dikeluarkan bersama-sama pasangan cawannya.Sehingga kini aku belum menemukan apa-apa cawan Nescafe warna putih yang boleh dipadankan dengan piring ini melainkan yang Nescafe Gold sahaja.Misteri tetap jadi misteri...
Tak apa jika benar piring ini ada pasangannya satu hari nanti akan terbongkar jua samaada di blog-blog kolektor lain atau blog aku sendiri.Insya Allah...


Related Posts with Thumbnails