folooo...

14 April 2012

Sunshade Milo Sukan Sea XXI 2001

Maaf gambar pada sunshade tidak dapat diambil kerana bungkusan tidak dibuka.Kesulitan amat dikesali.Yang pasti nama logo Milo mesti ada.
Untuk Sukan Sea XXI 2001 banyak pihak mengeluarkan produk sempena temasya ini contohnya air tin cola,duit peringatan,duit kad peringatan dan lain-lain lagi.Sunshade ini sebenarnya ada lagi tetapi tak ingat berapa banyak tetapi aku hanya ambil satu sahaja.Kalau ada masa akan pergi lagi kekedai tu dan cari lagi.Mungkin kalau dapat aku akan buka dan guna kat kereta pula.

11 April 2012

Pakar Penjagaan Tulang

Hanya dua daripada empat,
baru sekarang aku mendapat.
Datang dengan kelebihan berkotak,
aku terus sambar tanpa teragak.
Mana nak cari lagi berdua,
Rezeki Allah dimana-mana,
yang penting lebihkan usaha pasti bersua.

08 April 2012

Mug Milo Plastik 2006

Jumpa 3 design bola sahaja.Tak tau berapa jenis bola yang ada sebab nak kena korek dan keluarkan.Mug ada kat dasar kotak bersusun-susun,barang-barang lain bertindih-tindih kat atasnya.Jadilah dapat 3 pun,Kalau ada masa boleh pergi lagi.Poknik and edilelly,kau orang tinggal la sikit barang-barang kat aku ni,jangan borong habis, he he he.........

Coaster Sunquick

Hanya jumpa 2 sahaja,mangga dan oren.Dapat 'percuma' bila dah beli banyak barang.

Lagi Coaster Mamee

02 April 2012

Bekas apa ni?

Nampak 4 biji dengan 2 design.Saiz sedang,mungkin untuk isi garam atau rempah.Ukuran tinggi lebih kurang 6" , setiap seginya pula berukur 3".Hanya ambil 2 sahaja.
Terpesona dengan kelawaan balang tanpa memikirkan dari syarikat mana free gift ni,Seteleh diperiksa rupa-rupanya dari F & N susu sejat tapi sayang bukan emboss hanya stiker kertas je yang ditampal.
 Apa-apa pun simpan dulu.Harap-harap stiker tu tak koyak,lusuh atau tercabut sudahlah.
Kelawaan yang terserlah dengan decal buah ceri dan buah blackcurrant.

Macam-macam Kaler ada

Jumpa 4 kaler,tak tahu ada berapa kaler.Beg kecil yang cinonit.Apa-apa pun yang terbaik je akan masuk list.
Related Posts with Thumbnails