folooo...

28 Februari 2012

Sudu Oh Sudu....

Betul cakap Cap Ayam,beratus-ratus bercampur-campur yang baru dan yang lama.Singgit satu bukanlah mahal sangat,ambik cuma 15 bilah sahaja.Simpan untuk sendiri 6 ketul buat memenuhi hobi dan minat.bahagi-bahagi kepada kawan-kawan sekerja yang berminat.Mana tau besok mau lagi bolehlah berkunjung lagi mencari si merah hati.Apapun memang puashati kerana dapat yang dihajati.Buat Aku Punyer Cap Ayam terima kasih daun keladi.

Ceria dengan Mamee....

Makan Maggie di pinggan Mamee.Kecerian terserlah dan selera pun terbuka maka perut kekenyangan..Burp!...Burp!Alhamdulillah...

27 Februari 2012

Cawan Nescafe Gold Putih


Hasil korek minggu lepas di sebuah kedai apek,Dapat dengan harga RM15.00 untuk set 6 pasang ni.Berbaloi-baloilah.Cari punya cari akhirnya dapat  juga 6 cawan ni setelah habis menyelongkar,hanya ada 6 cawan ni je kalau piring bertimbun-timbun.Terima kasih buat Aku Punyer Cap Ayam.

17 Februari 2012

Bukan binatang Kuning-kuning.....

Pernah tengok cawan ni di internet di laman alibaba.com yang pembuatnya semuanya berasal dari Tanah Besar China.Bermacam-macam jenis dan corak barangan tembikar yang ditunjukkan.Memang China terkenal dengan barangan tembikarnya.Sekarang sudah nyata berada di Malaysia dan di rumah aku khasnya.



Set penuh 6 pasang ni datang dari Melaka dan dapat 1 cawan Lipton tea free seperti dibawah tetapi tanpa sudu, (gambar bawah pinjam dari http://zaihanies.blogspot.com)

Sebelum ini dapat 2 ketul cawan kopitiam ni tanpa piring.Ingat nak entri sebelum ni tapi tak kesampaian sehingga ku terima set kuning ni dan entri bersama-sama.
kesian pula tak ada pasangan






Nota : Tengah mencari cawan Lipton yang ada gambar teh uncang macam Yatt punya.Dah 2 kali terlepas...hu hu hu...



02 Februari 2012

teh 3 lapis dan 3 rasa.......

Ingat ikan je ada 3 rasa,atau kuih lapis je ada berlapis-lapis.Teh pun ada 3 rasa dan ada berlapis-lapis juga.Kalau tak percaya tengok kat bawah ni
Tentu tak menarik rupa teh tanpa gelas seperti diatas.Sebaiknya gelas kaca lutsinar supaya rupa teh nampak dipandangan tetapi lebih menarik jika gelas yang digunakan tu bersangkut-paut pula dengan teh atau bahan yang digunakan,baru ngam ho!


Terbaru dari F & N Dairies, dengan membeli ( 6 tin x 505g ) susu pekat manis penuh krim dapatlah sebiji gelas kaca yang tebal ni.Lepas ni kena buat teh 3 rasa(lapis) dengan gelas ni, tentu sedap lagi kalau isteri yang buat, tentu ada uuuummmmmpppphhh!
Related Posts with Thumbnails