folooo...

28 Januari 2011

Cawan Kopitiam Nescafe

Berbeza sedikit dengan cawan putih nescafe yang pernah dientrikan sebelum ni.Selain warna yang berbeza (ini sedikit kekuningan),bentuk yang ini lebih bulat bontotnya menyerupai cawan kopitiam.Logo 'NESCAFE' pun berbeza dengan yang ini mempunyai garisan memanjang dibawah perkataan nescafe manakala yang putih tiada garisan dan piringnya pula tiada logo. Kata orang Sama Tapi Tak Serupa.Tiada Info dengan xawan ni,ada sesiapa nak berkongsi?

Beg kasut dari Milo

'Bersukan dengan Milo'

Gelas Plastik 'Sunkist Juice'

Rembat kedai apek dengan harga RM.050 sen.

Info berkaitan buah Sunkist:
Selain penghilang dahaga buah limau sunkist adalah baik untuk tubuh.Mengandungi vitamin-vitamin,mineral dan anti oksidan.Diberitakan jus sunkist juga dapat menurunkan kolestrol.menguatkan limfa,meningkatkan kekebalan tubuh,mengubat demam selsema dan infeksi
.Aku kalau kena selsema akan minum jus oren/limau banyak-banyak,sebab diketahui segala jenis oren dan limau mengandungi vitamin C.





21 Januari 2011

Cawan Kopitiam Teh dan Kopi 888


Cawan kopitiam dari teh 888 ni hunting secara online.Diperbuat daripada seramik dan dibuat oleh Claytan,sebuah syarikat pembuatan seramik yang tidak asing lagi di Malaysia.
Tidak tahu pula pembuatannya memang dibuat begitu atau disebabkan dimamah usia.Badan cawan dan piring ini seperti retak seribu.Pada agakan set cawan ini dah lama tetapi tak tahu bila dibuat.Ada sebarang info dari kawan-kawan silalah berikan komen mengenai cawan ini ya!Kita berkongsi apa-apa maklumat.

Sungguh malangnya,sebenarnya set cawan kopitiam teh 888 ini datang dengan 6 set cukup tetapi apa boleh buat dah tak ada rezeki maka jadilah seperti gambar kat atas ni.Nasib baik juga 1 cawan je,kalau banyak,  eeemmm.....

Takpalah bila ada rezeki boleh gantikannya balik walaupun dalam kepayahan menunggu dan mendapatkannya.









20 Januari 2011

Pinggan Makan Kaca Colgate 10''

Pinggan ni dah lama aku tengok kat rak di sebuah pasaraya,macam tak ada yang hendak je! Pinggan makan kat rumah pun dah banyak yang sumbing,tak elok dan tak selamat kalau digunakan.Jadi beli dan gantikan pinggan-pinggan kat rumah tu.Masa beli memang ada cukup-cukup 6 biji,jadi rembat semua sekalilah.Memang dibeli untuk diguna sambil-sambil mengumpul free gift dari barangan pengguna kira menyelam sambil minum air...he he he..

Pinggannya memang sempoi dan cantiklah juga kalau dipandang lama-lama.Satu barangan 'free gift' dari Colgate yang agak lama juga.




Mug Milo 'Malaysia Boleh'

''''Malaysia Boleh'''

15 Januari 2011

Tabung Duit sempena Raya Cina dari Munchy's

Strategi perniagaan yang sangat cerdik dan efektif.Kegunaan secara sekual(berturut) seperti 2 dalam 1.Sebagai pembungkusan biskut untuk pasaran dan tabung duit selepas biskut habis dimakan.
Tabung duit Edisi terhad keuaran Syarikat biskut Munchy;s yang dinamakan 'Munchini' ini tingginya lebih kurang dalam 1 kaki dan diameter lebih kurang 3 inci.
Baru beli semalam dan biskutnya sudah diratah anak-anak tidak sampai 1 hari.Anak-anak aku memang berselera makan.....he he he mcm bapanya juga..

Set sudu garfu tahan karat 18/10 dari Beras Bird of Paradise

Kebetulan beras dah habis maka sambarlah beras wangi Thailand Bird of Paradise ni.Biasa beli beras putih Thailand B.O Paradise je, sebab nak sangat set sudu ni terpaksalah tambah RM10.00 duit belanja.
Kualiti pembuatan set sudu ini memang terbaik,dibuat dari salutan besi tahan karat 18/10 sepertimana koleksi set sudu HACK dan set sudu-garfu Crown SAMARIA yang telah dientrikan dulu.
Pada sebelah depan terdapat lukisan bunga yang serupa dengan beg beras tersebut(aku dah lupalah namanya) dan belakang pula cetakan 'B.O Paradise' dan 'OEL'(syarikat yang mengedarkan beras ini.
Aku ingatkan lepas beli kena tuntut kat kaunter rupa-rupanya 'free gift' ni dah dibubuh kedalam beg beras ni,itulah sebab kotak set sudu ni kemek-kemek.

13 Januari 2011

Mug Hitam Nescafe empatsegi

Mug plastik bertutup dari Nesvita

Hunting sebuah pasaraya kecil.Bayar dengan harga RM0.50.

Mug bulat hitam Nescafe

Hasil hunting online.Tak pernah nampak mug ini di mana-mana pasaraya.Tak pasti promosi tahun bila dan dengan pembelian produk Nescafe kategori apa, sama ada Nescafe Classic,Gold,Menu atau lain-lainnya.
Hitam putih kehidupan.Campuran warna hitam(coklat kehitaman) dan putih membuatkan mug ini cantik dipandang.Bak kata ayat Bro Iarrylr sungguh pun hitam ku pandang manis.

11 Januari 2011

Mangkuk kecil 5" dari Fruit Tree Fresh F & N

Hasil korek sebuah pasaraya yang tak terkenal. ada lapan biji tapi aku hanya ambil 6 biji sahaja.Walaupun cantik tapi cara pembuatannya agak kasar sedikit.Kalau nak dibandingkan dengan free gift Darlie memang jauh sangat bezanya tapi disebabkan ia keluaran F&N aku teruja juga untuk mengumpulnya.Mana nak dapat lagi lepas ni,kalau ada lagi dikeluarkan selepas ni (kalu ada la) mungkin designnya dah lain.

Buat masa sekarang ni aku guna je mangkuk ni bersama-sama pinggan lauk dari Colgate dan juga pinggan makan jernih juga dari Colgate.

Set 6 biji mug hitam 2010 Ali Cafe

Tahun 2010 sudah meninggalkan kita dan kita sekarang berada permulaan tahun baru 2011.Sebelum tahun 2010 menutup tirai dulu aku sempat mengumpul dan melengkapkan set mug ini.Walaupun masih baru dan ada lagi dijual di kedai-kedai dan pasaraya tetapi aku ada juga membeli secara online sebab aku dah tak larat nak membalun kopinya,stok kopinya pun masih banyak lagi.

Mug ini sungguh kecil dan memang sesuai sekali untuk membancuh kopi pra-campur Ali Cafe ni.Harap-harap tahun 2011 Syarikat Power Root akan mengeluarkan cawan yang lebih canggih,cantik,elegan dan macam-macam ciri yang sewaktu dengannya.Kalau boleh lawan mug-mug/cawan-cawan dari Nescafe dan Milo he he he.......

Tin Edisi Terhad Rokok SAAT

Tin rokok SAAT ni diberikan oleh bapa semasa balik kampung cuti sekolah hari tu.Oleh sebab dia tahu aku suka kumpul macam-macam benda lama terutama yang edisi terhad maka diberikan tin rokok SAAT ni kat aku.Keadaan tin ini masih cantik sebab ia baru dikeluarkan pada bulan Julai tahun lepas.




 Berbeza dengan tin yang dulu yang diperbuat dari besi semata-mata tapi tin ini dibuat dengan cantuman besi dan plastik.Designnya lebih anggun dan elegan.Ada ciri-ciri eksklusif  dan global.kira boleh lawan la dengan rokok-rokok jenama antarabangsa.Aku bukan nak berbangga dengan jenama rokok Malaysia ni tapi aku lebih fokus pada pembuatan tin ini bukan rokoknya.Pada pembuatannya tin ini  disertakan sekali penjelasannya tentang 'keistimewaan' dan kehadiran rokok ini dipasaran.Sila baca sendiri ya!



 Cara bukaan tin yang berbeza dengan edisi tin besi terdahulu.
 Semua syarat-syarat pengiklanan telah dipatuhi oleh Syarikat rokok ini.

Kalau nak tengok perzeaannya dengan tin edisi terdahulu lihat sini 

Related Posts with Thumbnails