folooo...

11 Januari 2011

Tin Edisi Terhad Rokok SAAT

Tin rokok SAAT ni diberikan oleh bapa semasa balik kampung cuti sekolah hari tu.Oleh sebab dia tahu aku suka kumpul macam-macam benda lama terutama yang edisi terhad maka diberikan tin rokok SAAT ni kat aku.Keadaan tin ini masih cantik sebab ia baru dikeluarkan pada bulan Julai tahun lepas.




 Berbeza dengan tin yang dulu yang diperbuat dari besi semata-mata tapi tin ini dibuat dengan cantuman besi dan plastik.Designnya lebih anggun dan elegan.Ada ciri-ciri eksklusif  dan global.kira boleh lawan la dengan rokok-rokok jenama antarabangsa.Aku bukan nak berbangga dengan jenama rokok Malaysia ni tapi aku lebih fokus pada pembuatan tin ini bukan rokoknya.Pada pembuatannya tin ini  disertakan sekali penjelasannya tentang 'keistimewaan' dan kehadiran rokok ini dipasaran.Sila baca sendiri ya!



 Cara bukaan tin yang berbeza dengan edisi tin besi terdahulu.
 Semua syarat-syarat pengiklanan telah dipatuhi oleh Syarikat rokok ini.

Kalau nak tengok perzeaannya dengan tin edisi terdahulu lihat sini 

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boleh jual x?

Tanpa Nama berkata...

jual tak

Unknown berkata...

Camna sye boleh dapatkan...

Tanpa Nama berkata...

Jual x boss

Related Posts with Thumbnails