folooo...

13 November 2010

Peralatan Lukisan Teknikal zaman Oldskool


Peralatan ini adalah kepunyaan sendiri semasa bersekolah tingkatan 5 di salah satu sekolah teknik di Malaysia.Pada masa itu sekolah teknik hanya ada 9 buah sahaja dan aliran yang ada pada masa itu adalah kejuruteraan mekanikal,kejuruteraan binaan dan perdagangan & ekonomi.
Peralatan ini sudah menjangkau 25 tahun umurnya,kira dah jadi jubli perak seusia dengan jenama kereta nasional Proton.Tengoklah keadaan kotak dan alatannya yang pudar dan lusuh selari dengan usianya tetapi masih lagi boleh memberi perkhidmatan yang cemerlang.Sekarang sudah tidak digunakan lagi kerana sudah lama meninggalkan alam persekolahan.
Sebenarnya ada beberapa peralatan lagi yang digunakan bersama alat ini iaitu papan lukisan,set square@sesiku (2 keping sesiku segitiga yang mempunyai sudut 90,60,30 dan sudut 90,45,45), T-square@sesiku T,French Curve (alatan melukis garisan lengkung) dan yang terpenting sekali 3 kategori pensil iaitu H,HB dan 2H yang matanya bersaiz 0.3mm bagi 2H manakala 0.5mm 0.7mm bagi H dan HB.
Pensil yang digunakan adalah jenis pensil tekan berjenama PENTEL (sori la gambar pensil tak dapat disiarkan kerana pensil dah lama hilang).
Merujuk balik kepada peralatan melukis ini kotaknya diperbuat daripada kayu yang dibalut dengan kulit getah tiruan dan bahagian dalamnya dibalut baldu hitam dan sebenarnya ada kain kuning berchop 'BOFA' serupa dengan kain mengelap cermin mata yang disediakan bersama-sama untuk mengelap alatan selepas digunakan tetapi kain tersebut sudah koyak dan hancur.
Syarikat BOFA masih lagi mengeluarkan peralatan ini tetapi dengan teknologi pembungkusan yang baru.'BOFA SET' sekarang diletakkan didalam kotak acrylic dan penutupnya adalah jernih bagi menampakkan peralatan.
Peralatan ini mempunyai beberapa saiz kotak dari yang paling kecil(set paling asas) sehingga yang terbesar(set penuh) yang mana alatan didalamnya ada 2 alatan yang paling asas sahaja bagi kotak kecik dan set penuh mempunyai semua bentuk alatan bagi kegunaan yang menyeluruh.
Aku hanya gunakan yang saiz sederhana sahaja sebab membazir membeli set penuh kerana tidak semua alatan yang digunakan.
Apabila sesekali membelek peralatan ini maka terkenang zaman persekolahan dulu yang banyak mengamit memori pahit manis sewaktu bergelar pelajar.Sungguh nostalgia........






3 ulasan:

Iaryylr berkata...

Bro, barang lama tuuu!

nikths berkata...

ya bro..memang nostalgia sebab kita yang guna sendiri alat ni.

Tanpa Nama berkata...

Salam..nk jual x bofa set ni?

Related Posts with Thumbnails