Sudu besi ni aku dapat masa membeli teh uncang Lipton ( 50 uncang ) di satu Pasaraya ditempat aku, yang peliknya kenapa Pasaraya ni je yang ada jual pek ini tapi Pasaraya lain yang besar tak ada pulak.Dah terjumpa tu rembat aje lah.Puas aku fikir kenapa Lipton buat sudu bengkok macam ni..apa gunanya pun aku tak tahu...siapa yang tahu tu bolehlah beritahu ye!.....kita kongsi maklumat.
Beli teh uncang ni pada penghujung bulan Julai 2010.Masa beli tu masih banyak lagi tersusun di rak,aku ingat nak pergi repeat sekali lagi untuk sambar sudu ni.Kalau boleh nak cukupkan 6 bilah itu pun kalau orangramai tak suka minum teh Lipton ni,kalau tak?.........eeemmm...nasiblah kan!!!
6 ulasan:
Cun sudu ni..kat sini memang takde..hu hu
Mungkin promosi ni dah lama(stok lama) sebab tu pasaraya lain tak ada.Pasaraya lain masa tu promosi pek hadiah teh perasa buah,tin besar dan juga 4 tin kecik.Tin besar dan tin kecik tu pun saya ada collect,akan saya posting nanti.
sangat menarik sudu ni, bila agaknya nak sampai sini...
Saya pun tak pasti sebab kat sini pun bukan semua kedai ada.Kalau rajin keluar-masuk kedai mungkin boleh jumpa...InsyaAllah.Tips cari barang,masuk kedai yang tak ramai orang masuk dan buat muka tak malu,tanya tuan kedai,biasanya stok berlambak.Teruskan usaha....ada la rezeki tu.
aku ada sudu cam ni... buat sakit ati je sudu ni.. x best pun pakai. buat ngade2 Ok la.
haloo...en dwi,awww r u?
memang la...sudu ni ia suruh simpan bukan guna.Sudu ni tetlalu praktikal kalau guna,sbb kita selalu guna yg konvensional tu jd payah.
Kalau kau tak nak boleh bagi aku....ha ha ha...
Catat Ulasan