folooo...

27 Ogos 2011

Merdeka Raya

Hari Raya dah dekat.Aku memohon kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada semua kawan-kawan blogger yang sealiran,yang follow dan yang tak follow,pembaca setia,pembaca senyap dan semua rakyat Malaysia yang beragama islam.Aku dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI dan SELAMAT HARI KEBANGSAAN semoga hidup anda semua diberkati dan ceria-ceria selalu.

Raya tahun ni aku beraya kat Johor sahaja,kali pertama tak balik kampung sebab kena kerja dan juga bakal menyambut ahli keluarga baru nanti pada 9/9/11 ( isteri dah tak larat nak balik kampung ).Harap doakan kami disini menyambut raya dan menyambut ahli baru dalam keluarga kami dengan selamat dan dengan suasana ceria gembira...... 


19 Ogos 2011

10 Ogos 2011

Van Mini Milo 50-an

Penebusan Van Mini Milo hari pertama minggu pertama edisi bulan Jun 2011 yang banyak meninggalkan sejarah dan kenangan bagi aku.Syukur Alhamdulillah dapat juga aku kumpul dan kolek van mini Milo setelah sabar menunggu dari bulan May 2011.Tahniah juga kepada collector-collector lain yang berhempas-pulas dengan pelbagai insiden untuk mendapatkannya.
Hidup Milo! Hidup Collector !
Semoga anda senyum puas dan bergembira di bulan puasa ini.Syabas diucapkan...........

07 Ogos 2011

Fenomena Van mini MILO


Memang tidak disangkakan bahawa NESTLE selaku syarikat besar bagi produk konsumer makanan dan minuman berasaskan kopi,koko dan susu dan lain-lainnya di Malaysia membuat satu kesilapan yang besar.
Mungkin mereka tak menjangka tsunami keghairahan peminat-peminat Milo untuk memiliki van-van tersebut.

 Apa yang nak aku ceritakan ini adalah berlaku semasa aku nak membuat penebusan van-van tersebut.

Pada 5/8/2011 seawal 9.30 am aku dah terpacak di GIANT Plentong menunggu staff dari Milo datang.Bukan sahaja staff Milo belum datang tetapi 'booth' penebusan pun tak nampak diletakkan disitu.Sehingga ke pukul 11.00am barulah pihak Milo menelefon pihak GIANT menyatakan mereka agak lewat untuk membuka booth di GIANT Plentong kerana ada sedikit masalah dan mereka sedang set-up booth di Giant Southern City.Apa masalahnya mereka tidak beritahu dan setau aku Giant SC tiada dalam senarai stesyen penebusan.
Setelah berfikir-fikir aku cuba pergi menjejaki dan meninjau ke Giant SC kot-kot boleh dapat van kat sana.Bila sampai dan puas mengelilingi bahagian Pasaraya Giant itu aku tak menjumpai pun booth penebusan van Milo.Yang lebih ironiknya pekerja kat situ pun tak tahu apa-apa tentang hal ni.Memang betul-betul aku dan yang lainnya ditipu.Selepas itu singgah pula di Carrefour JB,lebih malang lagi pekerja Carrefour menyatakan booth penebusan van Milo hanya dibuat di Carrefour Sutera Mall.

Dengan cuaca yang panas dan jam dah menghampiri ke pukul 12pm terasa badan dah mula letih lesu.hati juga bertambah panas,nasib baik bulan puasa.Memang betul-betul menguji kesabaran.
Satu tempat lagi yang paling dekat iaitu JUSCO Tebrau City, maka bergegas ke sana dengan harapan yang tinggi.
Bila masuk ke pasaraya JUSCO maka nampak orangramai tengah beratur,tetapi hanya dalam 15-20 orang sahaja.Syukur Alhamdulillah apabila ternampak meja dan bunting warna hijau diletakkan disitu.Betul seperti orang kata warna hijau boleh mententeramkan jiwa yang kacau....he he he  betul ke?

Apabila sampai, seorang staff perempuan memberitahu sedang menunggu kotak-kotak van-van Milo sedang dipunggah masuk dari lori kat luar JUSCO.Selepas menunggu 10 minit ternampaklah kelibat seorang lagi staff perempuan sedang menolak troli yang berisikan 2 kotak bersaiz besar.
Hanya 2 kotak sahaja?........memang akan ada masalah nanti.

Penebusan hanya dihadkan 4 biji van Milo untuk seorang,sedangkan aku perlukan kesemua van kecik dan besar bagi bulan Jun dan Julai.Setelah berbincang mereka bersetuju memberi lebih dengan syarat nama diatas borang mesti dengan nama lain.Alhamdulillah sekali lagi sebab dapat membawa pulang 8 biji van mini tersebut.Sampai kerumah dah pukul 1pm,sempat lagi bersolat Jumaat.

Keesokan diberitakan oleh kawan aku yang pergi 2 hari berturut-turut kerana kehabisan stok van mini Milo Beliau memberitahu bahawa orang terlalu ramai dan stok habis dalam masa 5 jam sahaja.Juga diberitakan bahawa ada seorang pelanggan yang membolot sampai satu troli penuh semasa hari kedua (semalam).

Setelah membaca komen-komen peminat Facebook Milo Malaysia yang tidak berpuashati dengan pengurusan Milo Malaysia.
Rupa-rupanya bukan sahaja di Johor tetapi diseluruh Malaysia, Milo mengalami masalah tidak menepati masa dan mempunyai stok yang sedikit.Berkali-kali pihak Milo Malaysia meminta maaf dan berjanji mencuba sedaya-upaya menyelesaikan masalah ini pada minggu hadapan.
Mereka juga mengambil inisiatif dengan mengambil borang-borang mereka yang tidak dapat menebus dan akan menghantar van-van tersebut secara pos nanti.Mereka memberi cadangan sesiapa yang ingin menebus van bulan Ogos dari sekarang bolehlah menghantar borang ke Pusat Penebusan Van Milo OMNIteam di PJ.Mereka juga memberitahu van-van ini akan ditambah dengan mengimpot dari luar negeri.Adakah van ini dibuat diluar negeri?....di China?...aku pun tak pasti.

Kemarahan peminat van mini Milo tidak dapat dibendung dan mereka tidak menyetujui tentang pengambilan borang tersebut tanpa ada apa-apa pengesahan.Mereka takut akan kehilangan 'kod bar' mereka.Mereka betul-betul trauma dengan situasi ini.
Diharap Milo betul-betul mengambil langkah drastik untuk menangani masalah tersebut.Diharap minggu-minggu yang akan datang tiada lagi masalah seperti ini berlaku.
Kita tungguuuu.............


Note: Diharap cerita dan info ini diambil iktibar oleh semua pihak terutama pihak Milo supaya perkara ini tidak akan terjadi lagi di masa akan datang.

Related Posts with Thumbnails