folooo...

19 Oktober 2010

Set Lengkap 6 pasang Cawan Kopitiam Nescafe MENU




Selesai sudah usaha pemburuan cawan kopitiam Nescafe MENU ni.Enam pasang cawan Nescafe MENU sudah cukup set di almari aku.Penat juga mengintai sana-sini untuk cukupkan set ni.Sejak dari bulan puasa lagi aku dah memburu cawan ni.Kira dah banyak juga kopi pra-campur Nescafe MENU aku dah telan dari Nescafe White Coffe,NESLO dan Tarik tapi aku lebih suka NESLO dan White Coffe.Untuk Nescafe Tarik ni aku tak berapa gemar sangat, rasanya tak seperti Nescafe tarik original tetapi untuk cukupkan set lengkap cawan ni aku terpaksa juga beli 2 bungkus Nescafe Tarik ni tu pun bukan sekaligus.Pek MENU Tarik yang pertama itu pun belum habis lagi.
Aku terpaksa sambar juga pek MENU Tarik ni sebab kes pasaraya tak nak beri kalau pek tak ada pelekat cawan tu dan yang tinggal hanya pek Tarik ni.(ikut hati mau aku ubah pelekat Tarik ni ke NESLO tapi sebab aku nak minum kopi tu rasa macam tak berkat pulak).hu hu hu...nak buat macamana cawan punya pasal ambil juga lah.

Maka dengan rasminya aku tutup buku untuk pemburuan cawan Nescafe MENU ni.

8 ulasan:

iaryylr berkata...

memang nampaknya memang menarik ada 1/2 dz, he he he!

nikths berkata...

TQ bro.Dapat tahu promosi ni pun dah hujung2.Merata2 cari untuk cukupkan set dan ahkirnya alhamdulillah.

Spallan berkata...

setengah dozen? syabas bro...

nikths berkata...

terima kasih bro.

Rasli Jaafar berkata...

1/2 dz tu pon dah kita cukup set la Bro..Nik..nampaknye ko dah khatam la set kopitiam yg ni syabas!..

nikths berkata...

ya..ya...kalau nak cari lagi memang ada lagi tp kena lebihkan usaha sedikit sebab promosi dah lam tutup.Nescafe pun sekarang tak ada bagi apa2 dah cuma lebihkan produk 50g -100g je.

Sharifah berkata...

Cantik set ini. Saya gembira jumpa blog ini, juga suka melihat and mengumpul antik dan collectibles.

nikths berkata...

TQ sharifah,selamat datang ke blog saya.Dah blogwalking ke blog awak.Nice blog.

Related Posts with Thumbnails