folooo...

11 Oktober 2010

Mug Bidan Terjun



Inilah aku namakan 'mug bidan terjun' sebab mug ini tidak termasuk dalam senarai 'pemburuan' aku.Ceritanya begini, hari sabtu lepas aku pergi membeli-belah di salah satu cawangan Jusco di JB.Kebetulan memang nak cari mug Kit-Kat jadi bila sampai di rak Kit-Kat aku meneliti papantanda iklan disitu,memang ada ditulis 'Get 1 Mug Free' siap aku tanya promoter disitu untuk pastikan betul-betul.
Sesudah membayar bergegas ke kaunter penebusan.Sesudah meneliti resit belian perempuan kaunter itu menyatakan mug Kit-Kat tak ada setelah mencari-cari kat rak dan siap tanya gambar atau pelekat kat pek belian.Memang tak ada gambar atau pelekat mug pada pek dan yang membuat aku 'panas' dia boleh berkata "kalau tak ada gambar atau pelekat tak boleh redeem barang".Beberapa kali aku kata "kenapa papantanda iklan ada tulis dpt mug,kalau tak ada mug jangan letak/tulis".Dia kemudian bagi aku 1 mug ni sebagai ganti,aku tanya kenapa 1 je belinya 2 pek,dia selamba kata beli 2 pek dpt 1 mug.Malas nak bertekak lagi aku pun belah dari situ sebab orangramai pun dah pandang semacam je,naik segan pulak aku.
Apapun aku bersyukurlah sebab ada 'buah tangan' balik rumah.Kira berbaloi juga walaupun terkilan tak dapat mug Kit-Kat tu.
Member2 blogger pun dah bagi tips-tips berguna untuk aku.Lepas ni kena gunapakai tips-tips tu.
Terima kasih bro Iaryylr dan bro spallan

5 ulasan:

Blues Riders berkata...

itulah namanya takda rejeki.. sabor je la.

iaryylr berkata...

Bro nikths, sebenarnya mug kit kat tu memang tidak perlu pelekat pembelian, kalau tidak percaya tanya promoter kit kat tu, cukup tunjuk resit saja disini, satu bungkus kit kat untuk satu mug, saya beli 3 pek kit kat di jusco bukit tinggi dapat 3 mug, tapi sabar bro,

iaryylr berkata...

Mug snoopy nie ada 6, baru keluar & masih panas, beli 2 kotak harga sekitar rm15 dapat 1 mug , 2 minggu lepas baru keluar beli 1 ubat gigi darlie sekitar rm 5 dapat 1 pinggan bunga...

nikths berkata...

TQ bro Iaryylr 4 the info

Rasli Jaafar berkata...

he he lain kali kena tgk kat kaunter dulu..sambil tgk2 mug..leh gak mengayat makwe kaunter he he

Related Posts with Thumbnails