folooo...

11 Mac 2013

Mug Klassno Hitam

'Klassno' atau 'No Class'.Item yang tidak digemari, atau no class item ha ha ha....tapi aku suka mugnya.
Masih banyak lagi di pasaran.promosi dari penghujung tahun lepas.Secara jujur aku mengaku bahawa kopinya kurang 'kick', Indocafe lagi sedap dari ni.Yang ni buatan Temasik.

09 Mac 2013

Zaman Kapal Api


Dapat kalau tak silap bulan Oktober 2012 tapi tak kesampaian untuk entri hinggalah ke hari ini.Beli online dari Sabah bersama-sama 3 item yang lain.

Semasa sampai kat rumah dalam keadaan memuaskan tetapi sayang semasa membasuh tiba-tiba tangkainya patah.Gosok bukan kuat pun.Mungkin dah memang sampai masanya nak buat macamana ya..


Akhirnya kesampaian juga nak memiliki mug kapal api ini setelah puas mencari.Ada satu pun jadilah walaupun ada kecacatan kecil.Kawasan yang patah sudah digam dengan gam UHU.

23 Februari 2013

hijau



...............................................................................

Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
..............

....................................................................................................
sesuatu yang berlainan, lari dari kebiasaan.....walaupun hijau tetapi ia tetap yang lama.

14 Februari 2013

Van ekstra mini Temasek

2 dari 4 design
4 design yg dipromosikan
van today ( 2012 )

van 80an
Pertolongan daripada kawan di Singapura untuk mendapatkan van ini.Hanya ada 2 design sahaja yang dapat dicari daripada 4 design yang dikeluarkan.
Bagi van tahu 1950an dan 1970an aku tak dapat kerana sudah habis dipasaran.Kalau tak silap promo bagi bulan Jun 2012 dan aku dapat van ni bulan Julai 2012,sebulan selepas promo.

Walaupun saiznya agak ektra mini dengan harga puluhan ringgit bagi 2 biji van ini, agak berbaloi juga membeli pek promosi Milo ini kerana van ini hanya dikeluarkan di Singapura sahaja, dan memang versi van Singapura.

Sebenarnya van ini adalah PERCUMA dengan pembelian pek Milo 2 kg kalau tak silap.Yang sampai ke Malaysia adalah van-van yang dipesan dan Milonya aku minta kawan sedekahkan kepada sesiapa yang memerlukan.disana ( Singapura ).

Terima kasih kepada kawan di Singapura, jasamu tetap kukenang.


12 Februari 2013

Tak Minum pun dapat...

Satu pemburuan yang tidak disangka mendapatnya.
 Disebuah kedai runcit pada pagi yang dingin.Hujan renyai-renyai menrenjis-renjis......aku dan kawanku menjalankan satu misi mengorek barang-barang koleksi.Sementara hendak membayar sempat berbicara dan bertanya...

Aku                : Aunty, itu dulang-dulang ada jual ke?
Aunty             : Lu mau ka?
Aku                : Yalah.
Aunty             : Itu dulang F & N ada.
Aku                : OK. keluarkanlah,kasi tengok.
Aunty              : Lu tunggu sekejap.
Aku                : Aaaah!
Aunty             : ini mau ka? ( sambil menunjukkan 3 kotak dulang Coca-cola )
Aku               : Ayya! tadi lu cakap itu F & N, takpalah saya mau semuanya.Ada lagi?Berapa harga satu?
Aunty             : Gua mana ingat maaa...ada 3 saja,sudah ada orang beli lor..tak mahal RM3 saja.
Aku               : Kalau ada lagi nanti bagitau saya ya.
Aunty            : Lepas raya la kalau ada nanti saya bagitau.

Kawan          : Nik, kau nak berapa?  (sambil menunjukkan dulang Coca-cola)
Aku              : Aku nak 2 kotak.Nanti lepas ni turn kau pulak...he he he..
Kawan         : OK! deal.

Setelah membayar kami berlalu dengan senyum sampai ke telinga.Hidup ceria dengan COCA_COLA he he he...walaupun aku tak minum Coca-Cola.
Pemburuan yang berbaloi-baloi..


07 Februari 2013

Peluru Pistol Mainan

Dah agak lama juga aku tak update blog.Memang sibuk masa tu dicampur pula kemalasan yang teramat-amat.Sebenarnya banyak juga barang yang nak dipost kat blog.Baru sekarang terasa ada rajin sikit.

Semalam sessi korek barang bersama kawan sekerja.Sekarang collector barang-barang freegift kat tempat kerja dah bertambah.Dari seorang menjadi 4 orang ( yang aku tau la), ini menjadi persaingan yang sihat.Dapatlah aku bertukar-tukar pendapat dan bertukar-tukar barang,tidaklah aku keseorangan lagi.Bertambah meriahlah acara korek-mengorek barang.

Salah satu barang yang nak ditunjukkan disini ialah kenangan permainan dahulu semasa zaman budak-budak.


Sekotak 'ubat bedil ' (peluru) bagi pistol mainan.Peluru bergulung dengan titik belerang diatasnya.Sesiapa yang zaman kanak-kanak pada tahun 70an hingga 80an memang kenal dan tahu cara nak bermain.Sayangnya pistol aku tak dapat tetapi kalau budak-budak zaman IT ni nak tengok boleh tengok sini
kredit kepada http://zulfikarhazri.blogspot.com



Yang ni pulak yang baru sedikit era 90an
kredit kepada http://zulfikarhazri.blogspot.com
Ada 19 pek x 6 gulung.Satu pek dah tak ada, mungkin apek dah bagi kat cucunya.
Adakah nombor diatas tu tarikh dikilangkan atau no siri bagi kotak ni?

Kalau tarikh dikilangkan, memang dah lama sangat la peluru ni.Memang kotaknya sempoi pun, tiada barkod,tiada nama pengimpot, tiada tarikh luput atau dan sebagainya sepertimana barang-barang sekarang.


14 Julai 2012

Mug Sup Vono 2012

Promo bulan Julai 2012.Dua warna untuk di kolek.Hanya dapat 1 sahaja, bajet lari ke tempat lain.Promosi masih berjalan,Insya Allah akan dapatkan warna hijau.Kenapa bro spallan punya warna kelabu ek?
Related Posts with Thumbnails