folooo...

19 Jun 2011

Beg Serbaguna dari Ribena


Pembelian 2 botol ribena 1 liter dapatlah beg serbaguna comel yang melekat kat botolnya.Promosi bulan Jun ini dapat di Pasaraya Untung Orangramai,tengok kat pasaraya lain tak ada pulak.Mungkin belum keluar stor lagi kot.
Dengan sedikit kekreatifan aku gantungkan 2 biji beg yang menyerupai buah blakcurrent dan strawberi ini di cermin pandang belakang kereta kancil isteri aku.Senang bila ada kes tak dirancang nak berbelanja pada hari sabtu,bolehlah beg ini digunakan.Buat masa sekarang biarlah tergantung kat cermin sebagai perhiasan kereta.Ni kira ada dua kegunaanlah ni,nampak cantik pula kat situ.






14 Jun 2011

Cawan Kopitiam Horlick

Hasil pertolongan dari kenalan dan juga peminat PML/Antik/Collectables di FB maka dapatlah aku rembat cawan kopitiam Horlick ni.Harganya agak lumayan juga tapi berbaloi sebab cawan ni susah dijumpai samaada di kedai-kedai apek ataupun online.Saiznya agak besar sedikit dari cawan kopitiam Completa Dutch Lady.Informasi tentang cawan ni aku tidak ada,tak tahu bila dikeluarkan dan pembelian produk Horlick yang mana satu.

06 Jun 2011

Pen hadiah dari Sime Darby TMA Industrial


Pen souvenir ini adalah keluaran khas dari kilang Tractor kepada pekerjanya.Dibuat mungkin sebagai alatulis harian pekerjanya atau sebagai hadiah tetentu sebagai penghargaan dari syarikat.Aku tak tahu apa-apa mengenai pen ini.
Pen ini dihadiahkan oleh seorang murid kepada gurunya sempena Sambutan Hari Guru 2008.Disebabkan pen ini ada nilai tersendiri maka tak digunakan,disimpan saja sebagai barang kenangan dan koleksi.

Rasa-rasanya logonya dah bertukar.Ini rasa logo lama dan yang baru ada tulis CAT atau logo Sime Darby


03 Jun 2011

Mangkuk Seramik dari Darlie

Mangkuk ni agak ringkas dan seperti dibuat dengan tangan(agak je lah),pembuatannya agak kasar,tidak licin.Tiada lukisan atau lakaran warna yang banyak.Memang betul-betul simple tetapi agak berat dan ukuran diameter mulut adalah 6 inci.
Mangkuk ini memang sesuai sangatlah dengan masakan panas seperti sup,lauk berkuah atau maggi berkuah disebabkan ketebalannya.Free gift yang diberikan oleh Darlie ini rasa-rasanya pada akhir 2009 atau awal 2010.

Related Posts with Thumbnails