folooo...

15 Januari 2011

Set sudu garfu tahan karat 18/10 dari Beras Bird of Paradise

Kebetulan beras dah habis maka sambarlah beras wangi Thailand Bird of Paradise ni.Biasa beli beras putih Thailand B.O Paradise je, sebab nak sangat set sudu ni terpaksalah tambah RM10.00 duit belanja.
Kualiti pembuatan set sudu ini memang terbaik,dibuat dari salutan besi tahan karat 18/10 sepertimana koleksi set sudu HACK dan set sudu-garfu Crown SAMARIA yang telah dientrikan dulu.
Pada sebelah depan terdapat lukisan bunga yang serupa dengan beg beras tersebut(aku dah lupalah namanya) dan belakang pula cetakan 'B.O Paradise' dan 'OEL'(syarikat yang mengedarkan beras ini.
Aku ingatkan lepas beli kena tuntut kat kaunter rupa-rupanya 'free gift' ni dah dibubuh kedalam beg beras ni,itulah sebab kotak set sudu ni kemek-kemek.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hello, kamu masih ada simpan sudu ini?

Tanpa Nama berkata...

Set sudu garfu stanley steel dimana boleh order?..

Tanpa Nama berkata...

Sudu garfu boleh beli tak?

Related Posts with Thumbnails