folooo...

17 September 2010

Gelas Coca-Cola McD World Cup 2010

set 6 biji gelas

hexagon box
cantik , tertarik, memang de boom

World Cup 2010 South Africa memang sudah lama habis dan mencipta sejarah yang tak diduga.
Banyak kenangan pahit dan juga manis bagi setiap peminat bolasepak dunia.Setiap orang akan mendapatkan satu tanda atau cenderahati bagi ingatan dan kenangan semasa temasya ini.
Bagi aku ini je lah dapat aku buat kenangan sempena temasya tersebut.

Set gelas ni aku beli dari seorang collector di JB dengan harga yang agak lumayan juga lah dan inilah satu-satunya set gelas coca-cola yang aku ada.Aku rasa otai-otai pengumpul barangan coca-cola lagi banyak koleksi gelas coca-cola mereka termasuk yang ini.

Apapun aku letak je lah untuk tatapan kawan-kawan.

8 ulasan:

Iaryylr berkata...

Bro , ini kira untung juga, saya kena beli set demi set , amat meletihkan hingga terlepas green colour sebab warna tu yang palaing cepat habis tahun ini, amat mendukacitakan seorang pengumpul boleh terlepas juga, set saudara set kotak hexagon tentu lebih sukar didapati, tetapi mana asal usul set ini pula? adakah free gift atau memang dijual?

nikths berkata...

saya sendiri pun tak tau McD ada keluarkan set jenis ni.Bila ada collector nak jual kat mudah saya terus sambar.Saya ingatkan versi yang lain sebab berbeza dari yang biasa.

Labrat berkata...

apsal tulis "untuk tatapan kawan kawan".. tulis la "untuk kawan-kawan" hahahahah wakafkan kat tempat kerja la gelas2 tu. kotak xpe ko simpan kat rumah hehehehe

Rasli Jaafar berkata...

Bro..aku tak pernah tengok set complate mcm ni.. malaysia punya ke? aku ada set yg beli one by one je.. tahniah sbb dpt yg agak rare ni he he

nikths berkata...

tq bro...tapi awak punya lagi banyak,satu jenis dah 3-4 biji.Dah boleh jual dah tu.Sekarang harga pasaran pun antara RM20-RM60 sebiji mengikut warna.Kalau 2-3 tahun lagi tentu melambung harganya.

Rasli Jaafar berkata...

he he.. peram dulu..

Unknown berkata...

saya pun baru je minat kumpul coca cola glass ni
setakat ni baru 3 colour,coca cola can glass
charcoul,purple yang terbaru blue yang lama2 kt mana jual ya

ulphalupha berkata...

boleh sy beli 1 saja?

Related Posts with Thumbnails