folooo...

01 September 2010

13rd Anniversary Pamplet Makro Cash & Carry (M) Sdn Bhd


Pamlet / Browser ni aku simpan untuk buat kenangan dan cerita untuk anak-cucu sahaja.Aku dapat pamplet ni sebab aku jadi ahli kad MAKRO tapi sayang kadnya aku salah letak hilang tanpa kesan.

Mungkin tak ada cerita menarik mengenai Pasaraya Makro ni.Pamplet ini adalah sambutan ke-13  MAKRO sebelum diambilalih sepenuhnya oleh TESCO pada September 2007,bermakna setahun sebelum bertukar kapada TESCO Extra.

Selalu juga aku pergi membeli belah di MAKRO JB ni ialah Pasaraya besar yang ada cuma Carrefour,Giant masa tu pun belum buka lagi.Penduduk Singapura memang suka membeli-belah kat sini.

Kalau aku tak simpan mana nak dapat lagi pamplet ni.MAKRO juga ada mengeluarkan jenama sendiri iaitu ARO,daripada barangan dapur,hardware,makanan dan sebagainya.Sayang sungguh aku tak mengumpul barangan jenama MAKRO.Masa tu tak pandai jadi pengumpul lagi.

Pernah beli sudu teh besi ARO tapi aku guna dan pembalutnya dah dibuang,kat sudu tak ada pulak emboss atau nama ARO....tak ada rezeki.Alangkah baiknya masa boleh diundur......hu hu hu

Info:
On 31 January 2007, Makro Malaysia was acquired by Tesco. All 8 stores in Malaysia were converted to Tesco Extra.
On September 2008, Makro Indonesia was acquired by Lotte.
As of 14 April 2010, Makro Indonesia changed their name into Lotte Mart Wholesale.
As of 15 May 2010, 4 Makro Stores in the Philippines have been converted to SM Hypermarkets.

sumber: wikipedia

4 ulasan:

Blues Riders berkata...

salam kenal nik,
tak sedar pula nik dh follow BR sbb di followers BR tiada pula nama nikths. tapi bila tengok kat profil nik, ada pula follow BR.. kadang2 komp ni pun tak betul juga..

selamat datang ke dunia pengumpul yg kelakar ini.. BR dhpun pasang link sebagai rakan Blues United.

nikths berkata...

Terima kasih BR..sama2 lah kita berkumpul di arena mengumpul barang-barang.Bunyi macam pelik je ayat..ha ha ha.Kelakar pun ada.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..........kenangan terindah di MAKRO JB....LEPAS HABIS SPM TERUS KERJA KAT MAKRO...SAYA ADALAH SALAH SEORANG DARI PEKERJA TERAWAL DARI DIANTARA RAMAI2 SEBELUM MAKRO DI BUKA SECARA RASMINYA OLEH MENTERI BESAR DIWAKTU ITU ADALAH MUHYIDDIN YASIN.....ANDAI DAPAT KU UNDURKAN MASA....NAMUN TAKDIR PENENTU SEGALANYA....

nikths berkata...

terima kasih Tanpa Nama kerana bagi komen.Ya kenangan terindah semasa Makro JB beroperasi.Selalu pergi beli-belah dengan motor,terpaksa bawa beg besar masa tu untuk isi barang,Makro tak sediakan plastik untuk barangan yang dibeli.Kalau awak ada apa-apa benda (barang) berkaitan Makro yang masih ada lagi dan tidak dikehendaki boleh bagi kat saya...he he he..

Related Posts with Thumbnails