folooo...

03 September 2010

Pisau Cukur Zaman Oldskool

 'Made in Germany'

'Carl Schlieper' nama pisau cukur zaman oldskool ni,SOLINGEN tu aku tak tahu apa maknanya mungkin nama bandar tempat ia dibuat kot.Nombor yang tertera kat tepi sarungnya tu agaknya No.Siri nya.Siapa2 yang tahu pasal pisau cukur ni boleh komen sikit?

Pisau cukur oldskool ni rasanya belum mencapai tahap antik lagi tapi yang aku tahu memang dah lama dalam simpanan ayahandaku semenjak aku kecik lagi ( tahun 70-an ).Sekarang pisau ni dah diserahkan kat aku,memang tak digunakan lagi tapi masih elok dan cuma perlu asah aje kalau nak guna.

Dulu, pisau ni ayahanda selalu guna untuk mencukur 'bauk'(jambang).Ketika itu(70-an) pisau cukur cap 'buaya kena kerat' tu belum ada lagi.

Yang aku ingat pada masa tu alat-alat oldskool untuk mencukur dan mengunting rambut kepunyaan ayahandaku adalah seperti pisau cukur ni,tali pinggang pengasah pisau,gunting rambut ketam(manual),penyapu losyen mencukur mcm kat kedai gunting tu,gunting bersikat sebelah dan beberapa alat lagi.Semua alat tadi ntah mana lesapnya cuma pisau ni je yang tinggal.
Dapatlah juga tunjuk kat anak-anak zaman atuknya guna benda-benda ni semua supaya depa boleh kenal sejarah kehidupan orang dulu-dulu.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam bro, itu pisau cukur biasa disebut straight razor,rasanya buatan jauh sebelum thn 70an..
Kakek saya juga punya soalnya.. Klo boleh saya kasih info,itu solingen adalah nama merk,sekaligus nama kota di Jerman tempat pisau cukur itu dibuat.
Yg unik,kota solingen itu pusatnya pandai besi terbaik di jerman,tempat pande besi/blacksmith bikin macam2 alat,molai alat pertukangan,alat2 dapur sampe senjata..

Biasanya ada marking/simbol pembuatnya contoh: cap mata-> pandenya Carl Schlieper, cap garpu -> pandenya F.Herder,dan macem2 laennya.. Pisau cukur punya bro mungkin cap mata, alias bikinan pande Carl Schlieper..

nikths berkata...

terima kasih tanpa nama dengan infonya.

mzmuda muda berkata...

jual tak

Related Posts with Thumbnails