folooo...

14 Julai 2012

Mug Sup Vono 2012

Promo bulan Julai 2012.Dua warna untuk di kolek.Hanya dapat 1 sahaja, bajet lari ke tempat lain.Promosi masih berjalan,Insya Allah akan dapatkan warna hijau.Kenapa bro spallan punya warna kelabu ek?

07 Julai 2012

Set Gelas Coca-Cola McD Terhad..(special pack)

 Aku baru tahu semalam Coca-Cola McD ada keluarkan gelas edisi terhad Olimpik 2012 ni, dari link disini BLOG EDILELLY.Tapi aku tak dapat nak sambar kerana bajet sudah dibuat untuk perbelanjaan bulan ini dan tiada peruntukan tambahan yang ada.Mahu tak mahu aku kena buat ikhtiar lain untuk belanja tambahan.(gelas McD Coca-cola punya pasal.....).

McD bukan sahaja keluarkan 1 gelas terhad ni setiap minggu tetapi kengkawan kolektor boleh dapatkan 1 set penuh gelas ini dengan 'pek istimewa' yang cun-melecun.Memang menitis air liuq kalau tengok.
Cepat-cepat dapatkannya sebelum dapat kat orang lain.

Aha....cara nak dapatkannya:-
 1.Kena ada akaun Facebook dan 'like' page McDonald yang bertajuk 'The Ultimate Athlete'.

2.Sertai chalenge yang dibuat oleh McD.

3.Ikut arahan yang diberi sampai habis dan tunggu keputusan dari Page McD.
4.Tak payah beratur untuk beli burger McD untuk gelas tersebut.Dapat semua sekali pulak tu siap kotak.

Kalau ada sesiapa yang teruja nak join tu dan nak dapatkan set gelas tersebut silakan.

Jeng Jeng Jeng!  Inilah rupa set tersebut...cun tak?





>Kalau nak tengok jelas sila klik  gambar dibawah.



Note:- Peruntukan 7 Set gelas untuk setiap minggu.

05 Julai 2012

Jejak Kasih....4 Sekeluarga Bersatu akhirnya....


Akhirnya 4 beradik ini pun bersatu tetapi sayangnya simerah,si kuning ni 'homeless' tiada tempat tinggal seperti mana abang-abangnya.Kesiannya,tak apalah asalkan dapat berkumpul bersama-sama.

Nak tengok adik beradik yang dua lagi klik sini http://jomkumpul.blogspot.com/2012/04/pakar-penjagaan-tulang.html



01 Julai 2012

Transform...


Pembelian 2 X 700g susu yogurt Dutch Lady akan dapatlah gelas plastik boleh tukar warna ni.Promosi ni dah berlalu,kalau tak silap penghujung bulan May atau awal Jun 2012.Kalau mengikut gambar 3 dan 4 tu ada 3 warna yang diberikan dan aku hanya sempat dapat warna kuning tapi kenapa lain benor rupa warnanya.Mungkin yang aku punya seperti gelas yang sebelah kiri sekali kot sebab warna grafiknya sama dan warna yang terbit tu apabila gelas disejukkan.Entahlah mungkin juga kot...aku pun tak pernah test lagi gelas aku tu samaada boleh 'transform' ke tidak.Apa yang pasti warna-warna gelas ni menyerlah dan menambat hati........satu lagi hadiah dari Dutch Lady.
Related Posts with Thumbnails