folooo...

31 Disember 2010

Mug Pepsiku

3 biji mug PEPSI versi pemain Bolasepak Dunia yang dah lama diidamkan tp baru kesampaian.Febregas,Henry dan Ronaldinho jadi idola......tapi........


.....sayangnya ' Ronaldinho' dah hancur didalam kotak semasa sampai dirumah....cuba merawat balik 'Ronaldinho' tetapi tidak sempurna maka jadilah 'Ronaldinho' OKU.

30 Disember 2010

Set Koleksi Syiling

syiling seringgit lama
 Sebelum aku jadi pengumpul macam-macam barang ni,dulu aku adalah pengumpul duit-duit lama,antik,baru dan luar negeri.Setakat melayan hobi,suka tengok duit-duit lama.bukan pengumpul tegar pun.Sekarang masih lagi aktif tapi tidak seaktif seperti dulu.Hanya kumpul nilai yang kecil-kecil sebab harga duit-duit lama sekarang harga melambung tinggi,terutama yang antik dan rare kena pula kualiti yang cun(UNC) lagi la mahal,boleh pengsan kalau mendengarnya tak daya den nak dapatkannya......

Duit syiling lama seringgit ini beli dari collector/penjual duit lama.Duit syiling ini dikeluarkan pada untuk tahun 1971,1980,1981,1982,1984,1985 dan 1986.Untuk tahun 1972 hingga 1979 serta tahun 1983 tiada dikeluarkan.Kiranya satu set lah syiling ni.
Nilai muka adalah seringgit dengan logo '$1' dan 'BANK NEGARA MALAYSIA' seta tahun dikeluarkan manakala bahagian belakang pula adalah logo parlimen menindih bulan sabit dan bintang yang besar.Maaf lupa pula nak ambil gambar.

Yang ini pula syiling seringgit Malaysia siri ke-2 bermula dari tahun 1989 hingga 1996.Nilai muka syiling ni adalah seringgit dengan 2 design pada gambar depan.Dari tahun 1989 hingga 1993 gambar depan adalah gambar sekuntum bunga raya dengan logo '$1' dan tulisan 'BANK NEGARA MALAYSIA dan tahun dikeluarkan.Pada tahun 1993 bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 Tun Mahathir telah memerintahkan supaya gambar logo nilai '$1' dimukadepan ditukar ke '1 RINGGIT' sempena penukaran simbol '$' ke 'Ringgit Malaysia(RM)' untuk semua duit Malaysia bagi semua urusan perniagaan dan jual-beli.Ini dibuat untuk menyelaras dan memperkenalkan duit Malaysia di antarabangsa.
Jadi,bermula tahun 1993 - 1996 semua syiling seringgit 'emas' dicop dengan simbol '1 RINGGIT'.Yang uniknya pada tahun 1993 terdapat 2 design yang berlainan iaitu '$1' dan '1 RINGGIT' tapi aku belum dapat lagi yang bersimbol logo '$1' bagi tahun tersebut.
Untuk muka belakang pula semua syiling ini ditera dengan gambar keris yang bersilang dengan sarungnya berlatarbelakang ukiran corak batik.

26 Disember 2010

Beg shopping Toy Story 3 dari TESCO.

Beg yang menarik dari TESCO.Ada beberapa corak lagi dari filem animasi.Beli semasa pergi shopping di TESCO.Jika sesiapa ada kad ahli bolehlah bawa beg ini dan gunakannya untuk isi barangan shopping,juga akan dapat mata ganjaran jika tunjukkan beg ini.TESCO adakan satu hari "Hari Tanpa Beg Plastik" untuk mempromosikan kempen pelihara Alam Sekitar.

Beg Kitar Semula dari Milo Fuze

Dari Milo Fuze, Hanya ada 2 corak ini sahaja dari 4 corak.Sekarang masih ada lagi promonya.Insya Allah bolehlah nak cukupkn set.

Beg Kitar Semula Mesra dari Petronas

Beli dengan isi didalamnya mengandungi snek dan makanan segera dari kedai Mesra Petronas.Berharga RM10 untuk satu beg yang berisi penuh.Makanan sudah habis dimakan yang tinggal beg kitar semula ini sebagai koleksi.Kain yang tebal dari jenis kain fiber.Sainya kecil sedikit dari beg kitar semula Milo Fuze.

Update Info: Pembelian ini juga layak mendapat 1 borang Road to Rewards sepertimana mengisi petrol RM30.00.

23 Disember 2010

Sudu dan Garfu besi tahan karat dari HACKS

Hasil korek dari sebuah kedai runcit tempohari.Selalunya Syarikat gula-gula HACKS jarang memberi souvenir.Souvenir yang diberi pun hanya untuk peruncit sahaja sebab jika nak dapatkan souvenir mesti membeli produk dalam jumlah yang besar.Peruncit-peruncit pula akan membeli pek yang besar untuk dipasarkan kepada orangramai.Nampaknya pengguna memang tak dapatlah nak kolek barangan percuma sebegini melainkan barangan percuma tersebut dijual balik oleh peruncit.
Aku agak bertuah kerana dapat sudu-garfu ini didalam bekas yang dicampurkan dengan susu-sudu lain semasa sessi korek-mengorek.Memang hanya ada 2 pasang sahaja sudu-garfu ini dan kalau HACKS memberi barangan percuma ini satu pasang untuk satu pek besar gula-gula HACKS,banyak mana sangat peruncit boleh dapat sudu-garfu in,i.paling banyak pun aku rasa 5- 6 pasang sahaja.Inilah yang dinamakan edisi terhad.
Berkenaan sudu-garfu ini pembuatannya sungguh berkualiti.Dengan saduran 'stainless steel' 18-10 (agaknyalah) sebab aku tengok sama dengan sudu Crown kepunyaan aku pada entri yang lepas.Tebal sudu ini lebih daripada sudu biasa yang dijual di pasar malam,pasaraya-pasaraya atau kedai 2 ringgit yang diikat bundle.Ketebalan yang bersaiz lebih kurang 2-3mm membuatnya tidak mudah patah atau bengkok.
Apa yang menariknya di pemegangnya ada cop mohor dari 'HACKS'.

Mug Nesvita 2009

Aku baru dapat 1 biji ni je.Koleksi bro Rasli cantik dengan set penuh 4 biji berlainan warna.Selain warna oren ni ada warna hijau,biru dan merah darah.Mug Nesvita memang cantik warnanya,makin dipandang makin terpesona.

Gelas F & N Lama (3)

21 Disember 2010

Pinggan Nescafe Classic 8"


Memburu santai barangan souvenir dari jenama produk-produk yang dikenali ramai terutamanya produk minuman dan makanan serta produk konsumer yang lain maka dapatlah beberapa barangan yang dihajati.
Salah satunya adalah pinggan Nescafe Classic yang kontemporari ini.
Dengan saiz 8" dan bentuk yang sama sepertimana pinggan Darlie cuma bezanya pada cetakan lukisan dan logo serta kontour diatas pinggan sahaja.Pinggan Darlie ada beberapa gegelang yang timbul di permukaan atas pinggan manakala pinggan Nescafe hanya licin.
Sebenarnya pinggan ini ada 14 biji semuanya tapi aku hanya ambil 6 sahaja untuk cukupkan set.Memang ada hati nak ambil semuanya sekali tetapi duit pula tak cukup sebab dah ambil barangan yang lain.








Pinggan Leper Darlie 8"

Ada dua pilihan warna bunga iaitu yang ini oren-purple dan biru.Sebenarnya aku tak biasa dan tak berapa suka guna ubat gigi Darlie,sebab dah teruja nak dapatkan pinggan ni maka belilah juga.Darlie selalu buat promo dengan hadiah-hadiah pinggan-mangkuk,gelas dan mug serta beberapa jenis barangan porcelain.
Pada masa sekarang ni Darlie ada buat promo Mug Snoopy dan mangkuk.
Bagi penggemar barangan Darlie memang tak putus-putus akan dapat souvenir dari Darlie,barangan yang dikeluarkan pun cantik-cantik.Kebelakangan ni je aku rasa berminat nak kolek barangan Darlie tapi........

Apapun kena dapatkan dulu souvenir tu,ubat gigi pikir kemudian.Mungkin boleh bagi mak-ayah kat kampung nanti.Selepas ni kena dapatkan yang satu warna lagi.Insya Allah.

20 Disember 2010

Cawan dan Piring Nescafe Gold


Cawan dan piring ni pun dapat bersama-sama dengan piring Nescafe Gold tigasegi tu.Cawan ni sama saiz dan design dengan entri dibawah tapi yang lain,maknanya aku ada 2 biji cawan Nescafe Gold ini.Kali ini dia dipasangkan dengan regunya yang sebenar iaitu piring Nescafe Gold.
Cawan dan piring ni memang cantik dan menarik dipandang bak kata bro Iaryylr sungguhpun hitam ku pandang manis.
Dulu semasa promo cawan ni di Jusco(info dari bro Iaryylr) aku terlepas.Kempunan betul masa tu.Orang kata rezeki tak kemana.Rezeki dan jodoh aku dengan cawan ni masih ada rupanya dan kempunan aku pun dah dimakbulkan.Syukur alhamdulillah...

Piring kuih Nescafe Gold

Dah lama aku 'mengusha' piring ni,bila tuan punya asalnya menurunkan harga runtuh sempena jualan mega sale hujung tahun aku tak tunggu lagi terus sambar je.Aku ingatkan ia datang secara solo sahaja rupanya ada teman bersamanya,sebiji cawan hitam Nescafe Gold.
Rupa bentuknya yang unik ala-ala bersegitiga yang membuat aku teruja untuk memilikinya.Piring ini agak cengkung kedalam memang sesuailah untuk menyusun kuih jemput-jemput bulat kat dalamnya.Kuih lain pun boleh juga.
Aku terlupa pula nak ukur lebarnya tapi kalau nak pastikan saiznya boleh tengok pada gambar paling atas,bezakan dengan cawannya dan saiz cawan itu adalah seperti saiz cawan biasa.lebih besar sedikit dari piring pelapik cawan Nescafe Gold itu sendiri.
Sesiapa yang tahu tahun bila piring ini dikeluarkan bolehlah kongsi-kongsi disini.

19 Disember 2010

Mainan Rubik mencabar minda

Satu pek yang terdiri 5 botol susu kultur dari Nutrigen Choline dan diselitkan 1 buah kotak yang mengisi 1 buah mainan ini iaitu sebuah mainan kiub Rubik mini yang bersaiz lebih kurang 4cm x 4cm x 4cm.Masih lagi dalam promosi dan masih banyak lagi di rak,agaknya baru beberapa hari promosi.Dapat mainan ini pada minggu lepas.
Anak-anak sungguh seronok bermain permainan ini sambil minum susu kultur Nutrigen untuk mencergaskan minda.Beli 4 pek,2 buah simpan sendiri mainannya dan 2 buah lagi bagi anak-anak bermain.Air semua dibalun oleh anak-anak dalam masa tak sampai 2 hari...ha ha ha...seronok sungguh mereka!

Satu lagi 'NESCAFE Tarik'


Satu lagi promo dari Nescafe.Minta maaf tiada Info dengan mug ini,jadi sesiapa yang ada info boleh share.Aku pun baru pertama kali nampak dan dapat mug ini.Tak pernah terserempak dengan promo ini sebelum ini.Inilah satu-satunya mug tarik yang aku ada.Hasil dari menyelongkar laman bersawang maka dapatlah mug ini.Untuk dapatkan ini aku terpaksa bayar 'pengerasnya' , tapi mug punya pasal kena berkorban jualah.

Nescafe memang banyak promo mug yang bermacam-macam jenis bentuk,warna dan cetakannya.
Pernah juga terserempak dengan mug Nescafe merah yang lain tapi berbeza design.

1.Nescafe merah bulat
2.Nescafe merah_tulisan melintang_dan A Lot of Flavor
3.Nescafe merah dengan lakaran pokok mati dan daun

Mana nak dapat semua tu?Boleh carikan untuk saya.....he he he....

Beg Kitar Semula Duth Lady

 Aku tak pasti sebenarnya sama ada dapat beg ini dengan beli 2 botol susu Dutch Lady diatas sebab aku tengok hanya ada beberapa pek sahaja yang ada beg ini lain-lain ada yang bagi hadiah susu botol kecil dan ada yang tiada hadiah percuma.Pelik juga rasanya.
Apa yang aku rasa beg ini adalah lebihan dari promo produk susu Dutch Lady yang lain.Aku kata begitu sebab sebelum ini tak nampak pula promo begini dan keduanya aku nampak nyonya yang kerja kat pasaraya ini tengah membungkus pek-pek ini.Jadi apa yang aku pikir lebihan beg ini telah dipromosikan secara sendiri oleh pasaraya ini untuk melariskan produk susu Dutch Lady ini.Aku nak cerita lebih-lebih takut tersalah info pulak.Apa yang aku tau bila ada promo aku rembat aje,janji ada hadiah.
Mungkin ada kawan-kawan pengumpul yang dah ada beg ini yang dibeli dengan promo produk yang sebenar.
Jika ada kawan-kawan yang berminat dengan beg ini cuba-cuba intailah kot-kot ada lagi.

17 Disember 2010

Pek Uncang Lipton bersama Sudu besi Edisi Terhad

Apa yang buat aku suka barangan percuma dari Lipton ialah sebab keluaran terhad sangat.Ia tak kerap keluarkan barangan percuma ni seperti Nescafe.Ia juga tak keluarkan banyak pilihan corak pada satu-satu keluaran.Tempoh promosi keluaran pun tak lama.
Dua minggu lepas dapat lagi 2 bilah lagi sudu edisi terhad ini.Sebelum ini dah ada 2 bilah yang sudah dibuka bungkusannya.Yang ini sampai ke saat ini masih lagi belum dibuka.Ingat nak biarkan begitu sahaja.

Hajat hati nak ulang lagi ke kedai tu tapi sampai sekarang belum ada kesempatan lagi sebab dek kesibukan kerja.Pek kat rak pun dah tak berapa banyak,harap-harap ada rezeki lagi.

15 Disember 2010

Tumbler dari Milo

Aku hanya ada tumbler jenis ni satu ini aje.Kalau ada warna-warni kan cantik.Kalau tengok koleksi Yatt's kat Facebook rasa jeles pun ada,cantik-cantik.Nescafe warna merah,Lipton warna kuning.Merah,Hijau dan Kuning memang menyerlah.
Related Posts with Thumbnails