folooo...

19 Disember 2010

Beg Kitar Semula Duth Lady

 Aku tak pasti sebenarnya sama ada dapat beg ini dengan beli 2 botol susu Dutch Lady diatas sebab aku tengok hanya ada beberapa pek sahaja yang ada beg ini lain-lain ada yang bagi hadiah susu botol kecil dan ada yang tiada hadiah percuma.Pelik juga rasanya.
Apa yang aku rasa beg ini adalah lebihan dari promo produk susu Dutch Lady yang lain.Aku kata begitu sebab sebelum ini tak nampak pula promo begini dan keduanya aku nampak nyonya yang kerja kat pasaraya ini tengah membungkus pek-pek ini.Jadi apa yang aku pikir lebihan beg ini telah dipromosikan secara sendiri oleh pasaraya ini untuk melariskan produk susu Dutch Lady ini.Aku nak cerita lebih-lebih takut tersalah info pulak.Apa yang aku tau bila ada promo aku rembat aje,janji ada hadiah.
Mungkin ada kawan-kawan pengumpul yang dah ada beg ini yang dibeli dengan promo produk yang sebenar.
Jika ada kawan-kawan yang berminat dengan beg ini cuba-cuba intailah kot-kot ada lagi.

1 ulasan:

Iaryylr berkata...

Bro, kesemua andaian tersebut ada benarnya juga, sama juga disini, tidak silap bulan 10 sudah dikeluarkan disini. Ada yang dipacking sekali dan ada yang kena ambil kat kaunter.. ada beberapa corak..

Related Posts with Thumbnails