folooo...

30 Mac 2011

Pinggan 8" seasons dari DARLIE

Pinggan seasons dari Darlie ini dengan pembelian ubat gigi Darlie 175g.Ada 4 pilihan untuk dikoleksikan.Bertemakan 4 musim spring,winter,summer dan autumn.Aku hanya sempat kolek musim spring (ungu) sahaja sebab promo ni memang dah lama berlalu,kalau tak silap bulan Ogos atau September 2010 yang lepas.Aku membeli 2 kali ubat gigi ni tetapi kali kedua tak dapat free gift ni sebab stok sudah habis dan digantikan dengan mangkuk kaca.
Kalau dilihat pada sekarang promo Darlie yang masih kelihatan adalah promo mug dan pinggan Snoopy,pinggan leper 8" bunga lily dan mangkuk.
Pinggan dan sebahagian mug Snoopy tu aku belum dapat lagi.


26 Mac 2011

Botol Air Aluminium Energizer II

Dengan pembelian bateri Energizer saiz AA pada tahun lepas di sebuah pasaraya.Variasi kedua dari Energizer.

24 Mac 2011

Mug dari Green Mountain Coffee

 

 
 
 sebahagian produknya

kopi versi k-cup pelbagai perisa


Tentu ada sesetengah pembaca tak pernah nampak dan tahu mengenai nama kopi ni samalah juga seperti aku pada mulanya.Dah jadi tabiat pengumpul apa yang berkenan dihati akan terus disambar terutama kalau yang ada logo atau nama,info boleh cari kemudian.Aku beli mug ni di sebuah kedai runcit pada tahun lepas.Hanya sebiji sahaja yang ada.

Info tentang Green Mountain Coffe:-
1.Dikilangkan di USA dan dijual secara online ke serata dunia.( laman web Green Mountain Coffee )
 2.Mempunyai berbagai nama kopi dan perisa termasuh teh dan coklat.
 3.Terdapat perisanya menamakan sempena tempat di Indonesia seperti Mocha Java K-Cup,Sumatra K-Cup dan Organic Sumatran Reserve Extra Bold K-Cup.
 4.Kopinya berasal dari tanah tinggi Mexico,Taman Nasional Gombe,Tanzania dimana tempat tinggal cimpanze Tanzania.Juga dari Amerika Selatan,Afrika dan Indonesia ( Gayo Highland,Sumatra) berdekatan Tasik Laut Tawar(tengah2 antara Meulaboh dan Lhoksumawe).
5.Selain kopi GMC juga menjual pembancuh kopi,makanan bakeri,coklat dan souvenir.
6.Souveniernya seperti mug,travel mug,gelas,thermos,tumbler,canister,beg shopping,bagpack dan lain-lain lagi.Souvenier ini boleh dibeli dilaman webnya secara online.Kalau nak dapatkannya bolehlah order pakai kad kredit.
7.Green Mountain Coffee juga boleh diikuti di:-
Twitter

Mug yang aku dapat ni bawah bontotnya ada tulis 'Made in China',tak tau pula ori ke atau tidak.
kalau nak tengok souvenirnya boleh lawat laman webnya dan pilih menu bahagian 'gift & samplers.

23 Mac 2011

Mangkuk 5" CHESDALE

Minggu lepas ada membeli susu yogurt dari Dutch Lady untuk anak-anak,sambil tu beli beberapa barangan lain yang ada tawarkan 'free gift'.Jadi apabila pergi ke kaunter untuk tuntut 'free gift' rasa-rasanya ada terlebih la pulak.Kenapa ni?.............terpinga-pinga juga aku......dan bertanya.....''yang ni hadiah untuk apa?"......

Perempuan yang jaga kaunter tu kata beli apa-apa produk dutch lady akan dapat 'hadiah' dan tengah nak habiskan semua stok hadiahnya.Yang peliknya dia bagi aku mangkuk ni yang ada tanda nama 'Chesdale'.Aku pun malas nak tanya lebih-lebih.Apa yang orang bagi aku sapu je...yelahkan nanti kecik hati la pulak....he he he..
Bak kata Amy Search berbaloi memang berbaloi........alhamdulillah.,syukuuuur..
Tak tau pulak mangkuk ni promosi untuk beli produk apa...yang aku tau Chesdale yang keju keping tu tapi untuk keju keping biasa atau keju perisa coklat aku tak pasti.
Cantik juga mangkuk ni buat makan bubur.

22 Mac 2011

Cawan Sup Vono

Cawan Sup ni sebenarnya dah lama keluar.Bro Iarrylr dah dapat pada akhir bulan September 2010 lagi.
Dah nak masuk 6 bulan baru aku ternampak kat sini.Kenapa lama sangat baru keluar?
Mungkin juga pasaraya nak habiskan stok yang lama dahulu.
Dapat cawan ni pada minggu lepas,macam terjadi kat Bro Iarrylr aku pun terlepas pandang dan terlepas rak vono ni tapi sebab mata dah tersilau cepat-cepat undur semula...he he he...cawan punya pasal....

Kat rak pun nampak tak banyak tapi aku ambil satu sahaja sebab pada masa itu kena masa 'belanja bajet' sebab banyak barang lain yang nak beli.Tak apalah janji dah dapat satu,kalau ada rezeki boleh tambah lagi.



21 Mac 2011

Apron MEET U

Beli Kopi Black White MEET U Platinum Coffee

Dapat 1 Apron 'Happy Enjoy' Meet U Malaysia




Boleh Folded lagi!

  Meet U Coffee dikeluarkan oleh Sing Sing Coffee Sdn.Bhd yang juga mengeluarkan kopi O Melaka jenama Sing Sing cap tupai yang popular tu.Selain daripada produk Meet U dan Kopi O Sing Sing terdapat satu lagi jenama kopi iaitu Satayman.
Kalau nak tengok 'Company Profile lihat sini

Sing Sing mendakwa bahawa 'Meet U Black White Coffee" adalah pertama didunia...betul ke?
Ada aku kisah...........janji ada benda yang menarik untuk aku buat koleksi sudahlah...he he he..
Kalau dulu Sing Sing Kopi O ada keluarkan set cawan kopitiamnya yang berwarna kuning dan logo merah(laman Meet U) atau putih tulisan merah 'Sing Sing' (laman chenta antiq),kedua-duanya aku belum dapat lagi.
Kalau ia keluarkan cawan macam kat pack Meet U ni pun OK juga! tapi kena letak logo Meet U la baru gempak! Kalau pihak Sing Sing terbaca entri aku ni bolehlah terima cadangan aku ni...he he he..





18 Mac 2011

Pinggan 8'' dari sabun basuh DAIA (wings)

Sepertimana koleksi En.Ahmad Tahir aku juga ada kumpul koleksi pinggan dari sabun basuh Daia.Koleksi aku tidaklah sebanyak koleksi En.Ahmad Tahir.Banyak lagi design yang belum aku jumpa.Sememangnya koleksi pinggan Daia En,Ahmad Tahir cantik-cantik.Sehingga sekarang free gift ini masih ada lagi di kedai-kedai.
Aku suka guna sabun Daia kerana kain basuhan tidak berbau hapak walaupun dijemur di tempat teduh semasa hari hujan.Kadang-kadang bila tempat jemuran dah penuh terpaksa biarkan kain basuhan didalam mesin basuh sampai berhari-hari.

Info Syarikat Wings Grup Indonesia:-
Ditubuhkan pada tahun 1948 dengan nama Fa Wings.
Daia menguasai 30% pasaran sabun Indonesia.( Daia dilancarkan pada tahun 1997)
Jenama lain sabun keluaran Wings Grup adalah SoKlin,Wings Biru,Cream Ekonomi,Cream Dangdut, Giv, Mama Lemon dan juga Winn.
Berkerjasama dan membentuk syarikat  PT Lionindo Jaya Corp dengan Lion Corp (Japan) untuk memasuki pasaran barangan bayi,tisu,ubat gigi dan juga makanan/minuman.
Salah satu produk terkenal makanan adalah Mi Sedap.
Selain pengeluar bahan-bahan toiletries Wings Grup juga ada memasuki bidang perbankan ( Bank Ekonomi ), makanan, pertanian, bahan bangunan dan juga hartanah.



'Playing Card' dari SUPER White Coffe

Dapat kad ini dengan pembelian 'SUPER Charcoal Roasted Ipoh White Coffee'.Promosi bulan Februari 2011 dan masih ada lagi di pasaran.Rasa kopinya punya best kalau nak dibandingkan dengan Nescafe white Coffee rasanya lebih pahit ada lebih terangkat sama rasanya dengan Kopi Putih Melaka Meet-U.Kebetulan pula aku beli kedua-duanya sebab kedua-duanya ada free gift.Kopi meet-U pula ada bagi apron dari bahan seperti eco-bag siap boleh 'folded' lagi.Nanti suatu hari aku postingkan pasal apron tu.

06 Mac 2011

Jug Seramik Ovaltine

Apa aku nak panggil benda ni,Jug atau bekas krimer? Apa-apa je lah.
Benda ni sebenarnya dapat atas jasabaik Cikgu Rizal juga,beliau tolong belikan untuk aku.Terima kasih Rizal.
Aku tak berapa pasti bila jug ini lahir,kalau diperhatikan pada keadaan jug ini mungkin sudah lama sangat dikeluarkan.
Saiz jug ini sepertimana gambar bersama pengukur jadi masing-masing boleh bayangkan berapa besar jug ini.Besar dan tingginya lebih sikit dari bekas krimer Nescafe Gold.Rasa-rasanya boleh muat air ovaltine untuk 3 orang minum tapi kalau untuk sembang petang Kelab Ketupat memang tak cukuplah..(biasa ahli kelab ketupat lebih dari 3 orang...hi..hi..hi..)

Keadaan jug ini nampak klasik dengan gambar lama tin ovaltine,tak pasti samaada sengaja cetak gambar tin lama atau cetak gambar tin sewaktu dengan pengeluaran tin tersebut atau dengan kata lain tin terkini semasa cetakan.Boleh faham ke ayat aku ni?...nampak macam berbelit je..he he..he.

Bahasa yang digunakan pun bahasa Ingeris dan cina bukan bahasa malaysia(melayu) pada bawah bontotnya.kalau keadaan sekarang mungkin ditulis 'PERCUMA DENGAN OVALTINE'.













04 Mac 2011

Amboi Banyaaknya!

sebelahnya gelas kasberg
banyak sungguh
Mug ulangtahun ke -80 ni adalah keluaran tahun 2009.Tak sangka tahun 2011 ni banyak pula mug ini keluar.Kenapa lama dia menyorok aku tak tahu.
Sebenarnya aku tak ada niat nak memcari barang-barang tapi sambil menunggu anak habis kelas di sekolah agama aku saje jalan-jalan ke satu pasaraya.Tempat yang pertama yang aku tuju mestilah rak barang-barang dapur.Terkejut juga aku begitu banyak mug ini dipamerkan,ada la kot dalam 2 dozen.Aku tak ambil apa-apa pun hari tu sebab tak bawa duit tetapi sehingga ke hari ini belum kesempatan lagi ke pasaraya itu lagi.Aku pun tengah dilemma sama ada nak ambil atau tidak.Aku dah ada sebiji mug ini dan pernah entrikannya,Boleh lihat sini,
Mungkin juga aku boleh ambil dan barter dengan kawan-kawan yang belum ada..ada yang mau ke?..entahlah...

Kalau lihat gambar atas sekali tu yang dalam kotak hijau tu adalah gelas nipis carlsberg,rupa bentuk gelas tu macam bentuk tin minumannya tetapi tiada penutup.Agak unik dan menarik juga gelas ni.Kalau tak kerana jenama minuman ni memang aku sebat je.Harganya pun RM0.80 sen je.Memang betul-betul cantuik,tapi apakan daya ya!

Bab-bab benda ni aku kena jaga juga,walaupun kita tak minum tapi kalau simpan/guna/display benda-banda macam ni macam kita promosi juga la.Pernah juga tanya ustaz pasal simpan/guna/pamer benda-benda yang ada jenama minuman seperti ini,katanya seperti kita berusaha mempromosikan jenama ini walaupun kita sendiri tidak meneguknya.Jadi tetap dapat dosa sebab cuba menonjolkan namanya secara tak sedar atau dengan kata lain syubahat.Lebih baik jauhkan perkara-perkara yang syubahat.Banyak benda lain lagi boleh kumpul tak? Walaupun cantik tapi kita gadaikan maruah dan iman kita buat apa? Ini adalah pendapat dari hati aku sendiri,orang lain aku tak tahu....
banyak juga collector yang mengumpul dan berniaga benda-benda macam ni...jadi...tepuk dada tanya selera.Kita manusia hanya boleh berfikir mana baik dan buruknya, yang memberi dosa pahala adalah dariNYA.







Related Posts with Thumbnails