folooo...

18 Mac 2011

Pinggan 8'' dari sabun basuh DAIA (wings)

Sepertimana koleksi En.Ahmad Tahir aku juga ada kumpul koleksi pinggan dari sabun basuh Daia.Koleksi aku tidaklah sebanyak koleksi En.Ahmad Tahir.Banyak lagi design yang belum aku jumpa.Sememangnya koleksi pinggan Daia En,Ahmad Tahir cantik-cantik.Sehingga sekarang free gift ini masih ada lagi di kedai-kedai.
Aku suka guna sabun Daia kerana kain basuhan tidak berbau hapak walaupun dijemur di tempat teduh semasa hari hujan.Kadang-kadang bila tempat jemuran dah penuh terpaksa biarkan kain basuhan didalam mesin basuh sampai berhari-hari.

Info Syarikat Wings Grup Indonesia:-
Ditubuhkan pada tahun 1948 dengan nama Fa Wings.
Daia menguasai 30% pasaran sabun Indonesia.( Daia dilancarkan pada tahun 1997)
Jenama lain sabun keluaran Wings Grup adalah SoKlin,Wings Biru,Cream Ekonomi,Cream Dangdut, Giv, Mama Lemon dan juga Winn.
Berkerjasama dan membentuk syarikat  PT Lionindo Jaya Corp dengan Lion Corp (Japan) untuk memasuki pasaran barangan bayi,tisu,ubat gigi dan juga makanan/minuman.
Salah satu produk terkenal makanan adalah Mi Sedap.
Selain pengeluar bahan-bahan toiletries Wings Grup juga ada memasuki bidang perbankan ( Bank Ekonomi ), makanan, pertanian, bahan bangunan dan juga hartanah.



1 ulasan:

Iaryylr berkata...

tak apa Bro, pelan-pelan lengkaplah nanti, he he he!

Related Posts with Thumbnails