folooo...

07 November 2010

Tali Pinggang Besi zaman Oldskool

Entri kali ini berlainan sedikit,asyik tengok gelas dan mug jemu juga kan.Kita beralih arah pula ke zaman lampau dan oldskool.Boleh la dikatakan antik..... Antik ke?
Tali pinggang besi ini adalah kepunyaan mak aku yang dipindah milik kepada aku kerana dia tahu aku suka kumpul barang lama.Tali pinggang besi ni sudah lama mak aku miliki iaitu sekitar akhir 60an dan awal 70an.Ketika itu baju kebaya dan kain sarung batik menjadi kegilaan wanita melayu pada zaman tersebut.Tali pinggang ini digunakan untuk mengetatkan ikatan kain yang dipakai,seperti mana Haji-Haji pakai tali pinggang besar dengan pelikat.Kalau tak pakai tali pinggang ni alamat kalau berjalan mesti terburai kain.
Masa terus beredar, pada akhir 70an dan awal 80an wanita-wanita melayu tidak nampak lagi memakai baju kebaya dan sarung batik kerana pemakaian baju kurung menggantikannya dan begitu popular dikalangan wanita baik yang remaja atau orang dewasa sehinggalah sekarang.Kalau ada yang memakainya pun mungkin nenek-nenek atau moyang-moyang kita dan nyonya Melaka.Maka tali pinggang ini menjadi bahan sejarah fesyen wanita zaman dulu-dulu
Ada juga tali pinggang seperti ini dibuat daripada tembaga dan harganya lebih mahal sedikit daripada besi.Tali pinggang tembaga hanya yang berkemampuan sahaja dapat memilikinya.

9 ulasan:

Blues Riders berkata...

masa kecik2 dulu selalu main talipinggang ni, buat keretapi...

Iaryylr berkata...

Ya, tali pinggang besi ini memang yang lama punya , kali terakhir saya lihat dirumah nenek mungkin 20 tahun yang lalu, dan kali terakhir saya nampak dijual di Maiden Klang.. mungkin akhir 1990an @ awal tahun 2000, bezanya sudah tentu material nya dan mungkin coraknya... 'barang lama tu, simpan baik-baik Bro! & syabas!'

nikths berkata...

Ya betul bro BR..he he he nostalgia tu.Pada zaman rock kapak ada sekejap trend mat-mat rock pakai tali pinggang ni,nak nampak heavy metal katakan tapi saya tak pakai la sebab rock simple lagi pun mak tak kasi.

TQ bro Iaryylr...akan ku jaga hingga ke anak-cucu tak tau la kalau anak-cucu pi jual.

MATAHARI berkata...

masa kcik2 dulu pernah tengok tali pinggang ni.

Terengganu Best berkata...

hehe di terengganu masih ade.. kat pasar payang bahagian tembaga2 tu... tapi yg turun temurun lagi pawer value dia tuu :)

Unknown berkata...

Mana nk beli ye?

Unknown berkata...

Mana nk beli ye?

MUHAMMAD AFFIQ berkata...

Ada sesiapa nak cari tali pinggang seperti ini buleh ws saya..011-17743209 .. tali pinggang tembaga hanya berkemampuan sahaja dapat memilikinya..

Tanpa Nama berkata...

Saya masih menyimpan nya

Related Posts with Thumbnails