folooo...

06 Oktober 2010

Padankan dan Kira...



 Filem Madagascar diterbitkan pada tahun 2005 oleh Dream Works Animation LLC dan diarahkan oleh Eric Darnell bersama Tom McGrath.Cerita ditulis oleh Mark Burton dan Billy Frolick manakala dilakonkan(suara) oleh Ben Stiller,Chris Rock,David Schwimmer,Tom McGrath dan ramai lagi.
Filem ini yang mengagumkan budak-budak dan juga orang dewasa pada ketika itu mencatatkan
£5,431,639 di UK semasa minggu pertama pembukaan dengan 505 tayangan.(sumber:IMDB).

Sempena dengan penayangan filem ini kat Malaysia Dutch Lady mengambil inisiatif mengeluarkan permainan kanak-kanak berbentuk 'puzzle' seperti ini dengan pembelian susu Dutch Lady 1, 2, 3.
Sebenarnya 'puzzle' ini dikeluarkan dengan tiga corak tapi aku hanya sempat simpan dua corak sahaja tetapi satu corak lagi sudah dilarikan dan dijahanamkan oleh 'rakyat' kat rumah aku ni.Biasalah budak-budak kalau dah puas main.Benda ni pun dibuat dari kertas mana nak tahan lama.

Oklah dari tak ada langsungkan.Buat tatapan semua,layaaan.......

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails