folooo...

26 Jun 2012

Main BOH jer.....

 Sekarang tengah promo teh BOH dengan pemberian mug 2012 (bentuk mug sama 2011 tapi lukisan grafik baru).Mula-mula tak perasan juga sebab sticker kecil dan corak mug seakan-akan sama.Setelah diteliti baru nampak ada kelainan.

 Tetapi....akan ada tetapi(pinjam ayat spallan....) aku dapat yang jenis macam ni pulak(2 gambar atas ni).
Ceritanya.............
Aku beli teh BOH ni setelah bertanya tentang kotak putih yang diisi mug tersebut.Yang silapnya aku tak minta dia buka isi kotaknya.Bila sampai sampai kat rak memang ada kotak promonya dengan mug design baru maka terus sambar.Setelah membayar dan ke kaunter tebusan staff telah membukanya dan memeriksa isinya takut ada retak atau pecah maka pada masa itulah aku nampak mug promo tahun lepas dengan gambar lelakinya.Setelah ditanya mengapa dapat mug berlainan dengan yang tengah dipromosikan staff tersebut cuba mencari dan menjawab " encik yang ni je yang ada" dah tak ada mug lain lagi.
Aku dengan muka kecewa dan pasrah tetapi meminta dia mencari jenis yang ada muka perempuan sebab yang lelaki aku dah ada,alang-alang dah tak dapat yang baru baik minta yang aku belum ada.Maka dapatlah aku 'completekan' siri mug BOH 2011 ni tapi terkilan juga sebab tak dapat mug baru 2012 tu.Tak apa ada rezeki boleh dapat lagi ni....(ayat penyedap hati...kah kah kah )

Promo 2012
Inilah rupa mug baru 2012 tu...

Entri mug BOH 2011 versi lelaki  di sini

4 ulasan:

edilelly berkata...

giant ada bro..sebb masa memburu ari ahad yang lalu, sy dapat koleksi yang lelaki gmbr yang atas pd kotak.. 2 la pasal, bila sy tgok pd blog bro, cemana lak gambar lain.. apa2 pun memang terbaik..

iaryylr berkata...

iaryylr pun 2011 cuma dapat yang laki x 2, mula kata ada pompuan, dah beli 2 kotak check semua lelaki, yang baru ini ada nampak tapi tak beli sebab stok teh tak habis lagi ):

Spallan berkata...

takpa bro, sekurang-kurangnya set 2011 sudah complete (saya dua-dua pun miss...hahaha). lagi pun bukana apa, saja nak suruh beli satu lagi tu, untuk dapatkan 2012 punya pula. syabas bro...

nikths berkata...

edilelly,
TQ infonya.

Iaryylr,
dalam dunia kolektor penuh dengan kejutan.Allah nak kita banyak sabar dan bersyukur.

Spallan,
strategi perniagaan secara tak langsung."Kill two bird with one shoot"( beli 2 barang dengan satu poket...ha ha ha....)

Related Posts with Thumbnails