folooo...

07 April 2011

Kamu nak POWER?

Apa yang anda mahu? Saya mahu Power la...Kamu nak POWER? Nak terimalah POWEEER.....begitulah iklan di TV dengan produk kopi Pra-campur SUPER POWER.Mungkin pada ketika itu juga dikeluarkan mug ini untuk penggemar-penggemar dan pembeli-pembeli pek kopi Pra-campur super Power ni.

Sebenarnya mug ini disediakan sekali dengan sudu porcelain yang boleh diselitkan dilubang yang disediakan kat tempat pemegangnya tu seperti mug Milo tetapi mug yang aku dapat ni tidak ada sudunya.

Dapat mug ini dengan urusan barter dengan seorang pengumpul PML tegar iaitu Yatts yang sekarang dah berjinak-jinak pula dengan koleksi free gift dari barangan pengguna.Terima kasih Yatt.

Mug ini sungguh cantik sekali dengan deko gambar jin bertoncit yang mukanya sangat lucu.
Sebenarnya banyak mug-mug yang cantik dari SUPER yang terdahulu tetapi aku tak kolek sebab masa tu belum jadi 'collector' lagi.Sekarang tengah mencari kalau-kalau ada lagi mug atau cawan yang tak pernah aku lihat atau kumpul.








4 ulasan:

Spallan berkata...

menarik ni bro, siap dengan jin hijaunya hehehe. keluaran bila agaknya, tak perasan pula masa keluar dulu...

nikths berkata...

tak pasti keluaran bila tapi masih ingat iklan kat TV pasal JIN yang bagi power tu sampai orang yang mintak power tu keliling rumah 2-3 kali sebab terlebih power...he he he.Kalau tak silap la tahun 2008 rasanya.

Nasi Ayam Berjaya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
iaryylr berkata...

SAYA NAK POWERRRRRRRR!

Related Posts with Thumbnails