folooo...

17 April 2011

Coca-Cola Buat Hal lagi!

Pada 28hb.April ni akan berlaku perhimpunan orangramai di setiap kedai makanan segera Mc Donalds di seluruh Malaysia.Perhimpunan ini bukan berkaitan isu politik atau bantahan orangramai terhadap kedai McD tetapi gara-gara satu benda seperti didalam gambar di bawah









eh! macam nama coca-cola tapi apa benda ni?       



Ini adalah satu iklan yang dibuat oleh McD untuk melariskan burgernya pada hari tersebut dan minggu-minggu berikutnya.Mungkin gambar diatas belum begitu jelas apa kebendanya yang saya maksudkan.Mungkin juga ada yang sudah sedia tahu tentangnya.Takpa lah, info ini aku salurkan kepada yang belum tahu.

Kat bawah ni ada gambar yang menerangkan segala-galanya.




Sebuah gelas tin 'emboss' Coca-Cola akan diberikan PERCUMA kepada pembeli-pembeli set Burger 'Coca-Cola Glass Meal'.
Kondisi gelas yang berwarna-warni dari Coca-Cola ini sungguh cantik dan unik.Berbentuk seperti sebuah tin Coca-Cola tanpa penutup atasnya.Kaca gelas ini nipis,jadi mungkin sesuai untuk dipamerkan atau dikoleksikan sahaja.
Aku pernah tengok design gelas seperti ini sebelum ini.Gelas jernih yang pernah dikeluarkan oleh sebuah syarikat air haram beberapa bulan yang lalu.Info boleh tengok sini
Selama enam minggu berturut-turut gelas ini akan dikeluarkan kepada pennggemar-penggemar barangan Coca-Cola.
Jadi bagi penggemar-penggemar koleksi Coca-Cola dan peminat-peminat lainnya persiapkan diri anda sebab dari pengalaman lepas gelas Coca-Cola akan menjadi rebutan ramai sebab gelas Coca-Cola memang LIMITED EDITION.

Untuk maklumat lanjut sila  ke sini



Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails