folooo...

05 April 2011

Ben 10 Ultimate Alien Trading Card

Sekarang susu yogurt Calci-Yum dari Fernleaf ada bagi promosi untuk tuntut hadiah CABARAN BOOSTER 2 X GORES & MENANG.
Beli Pek Calci-Yum berharga RM6.89 dengan 8 cawan berbagai perisa ini ada disertakan sekali 4 keping 'Trading Card' Ultimate Alien Ben 10 yang boleh digores dan jika bernasib baik selepas gores ada gambar Sony PSP maka boleh tuntut salah satu dari 200 buah PSP yang disediakan.Syaratnya sungguh mudah hanya gores,jika ada PSP isi borang dan jawab satu soalan mudah dan tuntut dengan sertakan trading card tersebut bersama-sama borang yang diisi.
Pembelian kali pertama ni tidak membuahkan rezeki tapi masih ada 'Trading Card' untuk disimpan tapi pembelian pertama ni juga trading cardnya terpaksa diberi kepada anak sebagai permainan mereka.Nampak gaya kena beli double pack la pulak.Satu untuk anak dan satu untuk bapa.
Trading card ini mempunyai 20 karakter(rekabentuk) untuk dikoleksikan.
.


1 ulasan:

Iaryylr berkata...

wah, menarik nie!

Related Posts with Thumbnails