folooo...

19 April 2011

Frame Gambar Bermagnet Klassno

 Pembelian kopi KLASSNO 3 dalam 1.Free giftnya dilekatkan dengan salotip dibahagian depan,mulanya macam tak perasan sebab kalernya sama dengan peknya dengan gambar kopi.Setelah dibelek-belek maka terjumpalah pek promo ni.Bukan semua pek ada frame ni terpaksalah aku geledah pek kopinya kat rak.Pekerja pasaraya tu pun tengok aku lain macam je,manakan tidak diaorang penat-penat susun aku pula pergi geledahkan...he he he...
Sebelum ini aku tak pernah beli pun pek kopi Klassno tapi disebabkannya ada bagi free gift ni aku belilah satu,lagipun kopi aku dah nak habis.Cuba sekali yang ni,mana tau sedap daripada yang biasa aku minum.
Huh! dah jadi 'tester' kopi la pula...he he he..

Info tentang frame ni:-
Bersaiz sebesar gambar 4R
Designnya rasanya satu ni je sebab aku tak jumpa yang lain.
Bahagian belakangnya yang bermagnet.
Diperbuat seakan-akan dari plastik getah ( mungkin PU ) aku pun tak tau bahan apa.




1 ulasan:

iaryylr berkata...

ya bro, best juga dapat frame nie, klasno pun rajin ada gift!

Related Posts with Thumbnails