folooo...

13 April 2011

Bocong dari Sunquick

Berbelanja di pasar basah Kipmart untuk membeli lauk dan sayur.Teringat pula nak cari sedikit barang-barang makanan kering dan barangan minuman.Singgah sekejab di sebuah kedai runcit didalam Kipmart tersebut.Belek punya belek terbeleklah botol sunquick yang melekat bersama-samanya sebuah bocong atau tumbler plastik ni.Tak tau pula promosi baru atau lama tetapi dari penyiasatan didapati mungkin yang lama sebelum jug plastik sunquick 2010 seperti Bro Iaryylr.

Macamana pula aku tau? Teorinya..tarikh 'guna sebelum' untuk botol bersama bocong ni adalah 06.11.2011 manakala tarikh untuk botol jug sunquick pula 06.07.2012,yang mana botol pengeluaran keluar dulu adalah promo yang terdahulu.Mana pula aku tahu tarikh untuk botol bersama jug plastik tu?...he he he...sebenarnya aku dapat kedua-duanya pada hari yang sama tapi berlainan kedai.Kalau bro Iaryylr dapat jug bertangkai warna kuning dan hijau,aku hanya dapat sambar warna oren.Nanti lain masa aku kena cari lain-lain warna.Insya Allah.....

1 ulasan:

iaryylr berkata...

Terus berusaha bro!, serorok juga xtvt begini. Bocong nie pun saya baru nampak rasanya, gelas plastik yang bro dapat hari tu pun kat sini tiada lagi, nanti kalau dah banyak kena strategi menyusun, display, atau masuk kotak macam Bro Spallan, he he he!

Related Posts with Thumbnails