folooo...

04 April 2011

CD-ROM game filem animasi RIO dari Nestle

4 bahasa arahan melayu,thai,cina dan english
sampul dengan cetakan didalam
poster : akan ditayangkan dipawagam pada 8 April 2011




Filem animasi RIO belum ditayangkan lagi di pawagam tetapi produk sampingan dengan 'branding' filem ini sudah dikeluarkan dipasaran.Sebuah cd-rom permainan komputer untuk kanak-kanak berjenama RIO sedang dipromosikan oleh Nestle Cereal.Banyak terdapat dimerata-merata pasaraya dan kedai runcit dengan promosi kotak besar manakala kotak kecil pula dengan wiselnya.

Sebenarnya aku pun tak perasan dengan promo ni tetapi anak yang aku beria-ria nakkan Koko Krunch disebabkan cd inilah.Sekarang pantang aku keluar ke pasaraya asyik nak mengikut sahaja dan dah tentulah apa yang aku cari itulah yang diikutinya,sekarang pun dah pandai memilih barangan yang ada free gift aje..he he he..
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, ya tak? Yang membezakannya adalah nawaitu sahaja,kalau aku dapatkan free gift hanya untuk dikumpul tetapi mereka hanya untuk dibuat mainan.Tak apalah akan ku ajar supaya mereka lebih sayang barangan mainan supaya esok kalau dah puas main boleh bagi kat abah ye!.

Oleh kerana sayang dengan cd-rom tu aku dah muaturun permainan tu ke komputer,cd aku simpan takut calar.Kalau sesiapa nak permainan tu silalah beli Nestle Cereal di kedai berdekatan anda sementara stok masih ada.Ni Nestle kena bagi upah buat promosi ni.he he he......

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails