Pamlet / Browser ni aku simpan untuk buat kenangan dan cerita untuk anak-cucu sahaja.Aku dapat pamplet ni sebab aku jadi ahli kad MAKRO tapi sayang kadnya aku salah letak hilang tanpa kesan.
Mungkin tak ada cerita menarik mengenai Pasaraya Makro ni.Pamplet ini adalah sambutan ke-13 MAKRO sebelum diambilalih sepenuhnya oleh TESCO pada September 2007,bermakna setahun sebelum bertukar kapada TESCO Extra.
Selalu juga aku pergi membeli belah di MAKRO JB ni ialah Pasaraya besar yang ada cuma Carrefour,Giant masa tu pun belum buka lagi.Penduduk Singapura memang suka membeli-belah kat sini.
Kalau aku tak simpan mana nak dapat lagi pamplet ni.MAKRO juga ada mengeluarkan jenama sendiri iaitu ARO,daripada barangan dapur,hardware,makanan dan sebagainya.Sayang sungguh aku tak mengumpul barangan jenama MAKRO.Masa tu tak pandai jadi pengumpul lagi.
Pernah beli sudu teh besi ARO tapi aku guna dan pembalutnya dah dibuang,kat sudu tak ada pulak emboss atau nama ARO....tak ada rezeki.Alangkah baiknya masa boleh diundur......hu hu hu
Info:
On 31 January 2007, Makro Malaysia was acquired by
Tesco. All 8 stores in Malaysia were converted to Tesco Extra.
On September 2008, Makro Indonesia was acquired by
Lotte.
As of 14 April 2010, Makro Indonesia changed their name into Lotte Mart Wholesale.
As of 15 May 2010, 4 Makro Stores in the Philippines have been converted to SM Hypermarkets.
sumber: wikipedia