folooo...

07 Julai 2012

Set Gelas Coca-Cola McD Terhad..(special pack)

 Aku baru tahu semalam Coca-Cola McD ada keluarkan gelas edisi terhad Olimpik 2012 ni, dari link disini BLOG EDILELLY.Tapi aku tak dapat nak sambar kerana bajet sudah dibuat untuk perbelanjaan bulan ini dan tiada peruntukan tambahan yang ada.Mahu tak mahu aku kena buat ikhtiar lain untuk belanja tambahan.(gelas McD Coca-cola punya pasal.....).

McD bukan sahaja keluarkan 1 gelas terhad ni setiap minggu tetapi kengkawan kolektor boleh dapatkan 1 set penuh gelas ini dengan 'pek istimewa' yang cun-melecun.Memang menitis air liuq kalau tengok.
Cepat-cepat dapatkannya sebelum dapat kat orang lain.

Aha....cara nak dapatkannya:-
 1.Kena ada akaun Facebook dan 'like' page McDonald yang bertajuk 'The Ultimate Athlete'.

2.Sertai chalenge yang dibuat oleh McD.

3.Ikut arahan yang diberi sampai habis dan tunggu keputusan dari Page McD.
4.Tak payah beratur untuk beli burger McD untuk gelas tersebut.Dapat semua sekali pulak tu siap kotak.

Kalau ada sesiapa yang teruja nak join tu dan nak dapatkan set gelas tersebut silakan.

Jeng Jeng Jeng!  Inilah rupa set tersebut...cun tak?





>Kalau nak tengok jelas sila klik  gambar dibawah.



Note:- Peruntukan 7 Set gelas untuk setiap minggu.

2 ulasan:

Spallan berkata...

perghhh, sangat le menariknya set ni. nasib baik la olimpik ni empat tahun sekali. kalau tiap-tiap tahun ada.....jenoh kita nak kumpul semua ni

fairus berkata...

ADUHAI... MACAM2 DI PASARAN SEKARANG.. TAK TERKEJAR BANG OOII...

Related Posts with Thumbnails