folooo...

23 Disember 2010

Sudu dan Garfu besi tahan karat dari HACKS

Hasil korek dari sebuah kedai runcit tempohari.Selalunya Syarikat gula-gula HACKS jarang memberi souvenir.Souvenir yang diberi pun hanya untuk peruncit sahaja sebab jika nak dapatkan souvenir mesti membeli produk dalam jumlah yang besar.Peruncit-peruncit pula akan membeli pek yang besar untuk dipasarkan kepada orangramai.Nampaknya pengguna memang tak dapatlah nak kolek barangan percuma sebegini melainkan barangan percuma tersebut dijual balik oleh peruncit.
Aku agak bertuah kerana dapat sudu-garfu ini didalam bekas yang dicampurkan dengan susu-sudu lain semasa sessi korek-mengorek.Memang hanya ada 2 pasang sahaja sudu-garfu ini dan kalau HACKS memberi barangan percuma ini satu pasang untuk satu pek besar gula-gula HACKS,banyak mana sangat peruncit boleh dapat sudu-garfu in,i.paling banyak pun aku rasa 5- 6 pasang sahaja.Inilah yang dinamakan edisi terhad.
Berkenaan sudu-garfu ini pembuatannya sungguh berkualiti.Dengan saduran 'stainless steel' 18-10 (agaknyalah) sebab aku tengok sama dengan sudu Crown kepunyaan aku pada entri yang lepas.Tebal sudu ini lebih daripada sudu biasa yang dijual di pasar malam,pasaraya-pasaraya atau kedai 2 ringgit yang diikat bundle.Ketebalan yang bersaiz lebih kurang 2-3mm membuatnya tidak mudah patah atau bengkok.
Apa yang menariknya di pemegangnya ada cop mohor dari 'HACKS'.

3 ulasan:

Spallan berkata...

hasil korek yang lumayan bro, agak-agak tahun bila punya tu...

Iaryylr berkata...

Bro, booking boleh...,saya belum ada lagi hu hu hu ! memang cun! Syabas!

nikths berkata...

bro spallan : sy tiada info berkenaan set sudu ni.
bro Iaryylr : sy hanya ada 2 pasang ni je.Satu pasang dah ada orang mintak,nanti kalau ada terjumpa lagi sy inform.

Related Posts with Thumbnails