folooo...

07 Disember 2010

Mug Daisy dari F&N


Mug DAISY ini adalah dari pengeluar minuman berjenama.Syarikat yang mengeluarkan susu DAISY ini tak lain dan tak bukan adalah FRASER and NEAVE.
Di pasaraya aku tak perasan pulak ada susu jenis ini dijual.Di pasaraya besar mungkin ada kot susu jenama ini.
Sebenarnya susu ini dikeluarkan oleh F & N Foods (Singapore) Limited.Aku pun tak pernah rasa minuman susu ni.
Mug ni adalah tinggi seperti gelas,bermulut lebar dan kurus kebawah.Corak hiasan pada mug ini sungguh menarik dengan gabungan beberapa warna dan lukisan gambar perempuan baru balik shopping dari Bazar membuat mug ini sungguh Trendy .Ceh! macam poyo je penerangan aku ni...
Sebenarnya memang pun ada tulisan 'Bazaar pada badan mug...he he he..
Lain-lain Info aku tak tahu sangat,kena tanya sesiapa yang lebih arif.

1 ulasan:

Iaryylr berkata...

mug yang menarik! bewarna-warni dan kemas!

Related Posts with Thumbnails