Kalau yang lepas putih je...sekarang dah ada warna dan belang.Baru rasa ada berani...he he he..Tarikh lahir minggu lepas dan tahun ni.
simpan apa saja barangan edisi terhad sama ada yang baru atau lama,sama ada dapat free atau beli dan juga barangan kenangan oldskool,antik atau apa-apa aje lah asalkan berkenan dan tertarik dihati.Blog ini dibuat untuk tatapan sendiri,pecinta-pecinta dan pengumpul-pengumpul barangan baru,lama,antik yang mempunyai hobi dan minat yang sama.Terima kasih kerana melawat blog ini.
folooo...
20 Jun 2012
Baru nak tunjuk belang......Sunquick 2012
Kalau yang lepas putih je...sekarang dah ada warna dan belang.Baru rasa ada berani...he he he..Tarikh lahir minggu lepas dan tahun ni.
Kupasan Lemon segar...
Pertemuan yang tak sengaja di petang hari di sebuah kedai apek apabila hendak membeli maggi.satu kotak penuh setengah dozen.
03 Jun 2012
Tumbler Plastik Fernleaf 1 + 3
Air yang boleh diisi hanyalah satu atau dua cawan sahaja.Sangat sesuai untuk baby dan anak kecil ketika dalam perjalanan.Sungguh comel sekali tumbler ni.Bila terpandang ni terus rembat apabila harganya tersangatlah murah.
Sebenarnya ada gambar aksi yang lain si kucing bermain gitar dan si arnab bermain gaya 'mengoreng' gitar tetapi tak dapat diambil sebab kad memori dah penuh dan kamera pula buat hal,selalu auto OFF selepas display bateri habis ( bila tukar bateri baru pun hanya bertahan 3 keping gambar je kemudian Auto Off semula).nampak gaya nak kena buat koleksi kamera ni.Dia suruh beli baru kot!
01 Jun 2012
Sunquick 2007 (Oren)
Sudah lama menanti sunquick 2007 kepangkuan.Ingatkan dapat yang versi nenas tapi tak apa asalkan ia gelas sunquick 2007.Selain oren dan nenas apa lagi versi yang ada?
29 Mei 2012
Sunquick 2006 (oren)
Sekali pergi hanya ambil 2 biji.Pergi kali kedua dah langsai semua disebat orang lain.Betapa gelas ini juga disukai ramai hu hu hu....gelas subquick 2006 versi oren ini dapat di kedai taman rinting sebulan yang lalu.Ada juga versi hijau dan merah.Aku masih mencari versi-versi tersebut.Kebanyakan gelas-gelas sunquick yang aku dapat adalah dari versi oren.Kenapa ek? Yang lain tak serasi ke dengan aku?....
Sama tapi tak serupa...
Dua keping piring bersaiz kecil sedikit daripada set piring cawan Nescafe Gold putih.Rekabentuk yang seakan sama dengan warna yang sama, cuma yang membezakannya adalah cop pada bawah piring tersebut.Hanya cop NESCAFE sahaja bukan Nescafe Gold tetapi kaler chopnya berwarna emas seperti Nescafe Gold.Yang menjadi misteri adakah piring ini dikeluarkan bersama-sama pasangan cawannya.Sehingga kini aku belum menemukan apa-apa cawan Nescafe warna putih yang boleh dipadankan dengan piring ini melainkan yang Nescafe Gold sahaja.Misteri tetap jadi misteri...
Tak apa jika benar piring ini ada pasangannya satu hari nanti akan terbongkar jua samaada di blog-blog kolektor lain atau blog aku sendiri.Insya Allah...
Langgan:
Catatan (Atom)