folooo...

21 Disember 2010

Pinggan Nescafe Classic 8"


Memburu santai barangan souvenir dari jenama produk-produk yang dikenali ramai terutamanya produk minuman dan makanan serta produk konsumer yang lain maka dapatlah beberapa barangan yang dihajati.
Salah satunya adalah pinggan Nescafe Classic yang kontemporari ini.
Dengan saiz 8" dan bentuk yang sama sepertimana pinggan Darlie cuma bezanya pada cetakan lukisan dan logo serta kontour diatas pinggan sahaja.Pinggan Darlie ada beberapa gegelang yang timbul di permukaan atas pinggan manakala pinggan Nescafe hanya licin.
Sebenarnya pinggan ini ada 14 biji semuanya tapi aku hanya ambil 6 sahaja untuk cukupkan set.Memang ada hati nak ambil semuanya sekali tetapi duit pula tak cukup sebab dah ambil barangan yang lain.








2 ulasan:

MATAHARI berkata...

pinggan ni kluaran skrg ke yg lama?

nikths berkata...

Saya pun kurang pasti,setau saya tahun ni Nescafe belum ada keluarkan pinggan lagi.Mungkin tahun-tahun lepas.

Related Posts with Thumbnails