folooo...

03 April 2011

Gelas plastik bertutup NESCAFE

Rembatan di sebuah pasaraya kecil dengan harga RM0.90.Bila buka tutup nampak dah bersawang,tak tau promo bila keluar gelas ni oleh kerana ada nama 'Nescafe' dan suka maka tak dilepaskan.Saiznya kecil-molek.

02 April 2011

BOH share the 'Ummph'


Pembelian teh uncang BOH 100 keping.Free gift yang disertakan sekali pada peknya.Promosi tahun lepas dan masih ada lagi dipasaran.Penutup ni tidak begitu keras dan tidak juga lembut,sedang-sedang.
Penutup mug ni disimpan sahaja tidak diguna.Buka plastik untuk ambil gambar dan tutup balik selepas selesai sessi fotografi sebab takut kotor.Silikon mudah menarik habuk dan jika lembab akan mengundang kulapuk.
Rasanya keluaran edisi terhad ni sebab BOH jarang bagi free gift.
Dah lama tengok pek ni dari Oktober tahun lepas lagi,baru sekarang dapat membelinya sebab fokus free gift dari Lipton.

BOH ada Ummph,,,,,,,,Share the Ummph





30 Mac 2011

Pinggan 8" seasons dari DARLIE

Pinggan seasons dari Darlie ini dengan pembelian ubat gigi Darlie 175g.Ada 4 pilihan untuk dikoleksikan.Bertemakan 4 musim spring,winter,summer dan autumn.Aku hanya sempat kolek musim spring (ungu) sahaja sebab promo ni memang dah lama berlalu,kalau tak silap bulan Ogos atau September 2010 yang lepas.Aku membeli 2 kali ubat gigi ni tetapi kali kedua tak dapat free gift ni sebab stok sudah habis dan digantikan dengan mangkuk kaca.
Kalau dilihat pada sekarang promo Darlie yang masih kelihatan adalah promo mug dan pinggan Snoopy,pinggan leper 8" bunga lily dan mangkuk.
Pinggan dan sebahagian mug Snoopy tu aku belum dapat lagi.


26 Mac 2011

Botol Air Aluminium Energizer II

Dengan pembelian bateri Energizer saiz AA pada tahun lepas di sebuah pasaraya.Variasi kedua dari Energizer.

24 Mac 2011

Mug dari Green Mountain Coffee

 

 
 
 sebahagian produknya

kopi versi k-cup pelbagai perisa


Tentu ada sesetengah pembaca tak pernah nampak dan tahu mengenai nama kopi ni samalah juga seperti aku pada mulanya.Dah jadi tabiat pengumpul apa yang berkenan dihati akan terus disambar terutama kalau yang ada logo atau nama,info boleh cari kemudian.Aku beli mug ni di sebuah kedai runcit pada tahun lepas.Hanya sebiji sahaja yang ada.

Info tentang Green Mountain Coffe:-
1.Dikilangkan di USA dan dijual secara online ke serata dunia.( laman web Green Mountain Coffee )
 2.Mempunyai berbagai nama kopi dan perisa termasuh teh dan coklat.
 3.Terdapat perisanya menamakan sempena tempat di Indonesia seperti Mocha Java K-Cup,Sumatra K-Cup dan Organic Sumatran Reserve Extra Bold K-Cup.
 4.Kopinya berasal dari tanah tinggi Mexico,Taman Nasional Gombe,Tanzania dimana tempat tinggal cimpanze Tanzania.Juga dari Amerika Selatan,Afrika dan Indonesia ( Gayo Highland,Sumatra) berdekatan Tasik Laut Tawar(tengah2 antara Meulaboh dan Lhoksumawe).
5.Selain kopi GMC juga menjual pembancuh kopi,makanan bakeri,coklat dan souvenir.
6.Souveniernya seperti mug,travel mug,gelas,thermos,tumbler,canister,beg shopping,bagpack dan lain-lain lagi.Souvenier ini boleh dibeli dilaman webnya secara online.Kalau nak dapatkannya bolehlah order pakai kad kredit.
7.Green Mountain Coffee juga boleh diikuti di:-
Twitter

Mug yang aku dapat ni bawah bontotnya ada tulis 'Made in China',tak tau pula ori ke atau tidak.
kalau nak tengok souvenirnya boleh lawat laman webnya dan pilih menu bahagian 'gift & samplers.

23 Mac 2011

Mangkuk 5" CHESDALE

Minggu lepas ada membeli susu yogurt dari Dutch Lady untuk anak-anak,sambil tu beli beberapa barangan lain yang ada tawarkan 'free gift'.Jadi apabila pergi ke kaunter untuk tuntut 'free gift' rasa-rasanya ada terlebih la pulak.Kenapa ni?.............terpinga-pinga juga aku......dan bertanya.....''yang ni hadiah untuk apa?"......

Perempuan yang jaga kaunter tu kata beli apa-apa produk dutch lady akan dapat 'hadiah' dan tengah nak habiskan semua stok hadiahnya.Yang peliknya dia bagi aku mangkuk ni yang ada tanda nama 'Chesdale'.Aku pun malas nak tanya lebih-lebih.Apa yang orang bagi aku sapu je...yelahkan nanti kecik hati la pulak....he he he..
Bak kata Amy Search berbaloi memang berbaloi........alhamdulillah.,syukuuuur..
Tak tau pulak mangkuk ni promosi untuk beli produk apa...yang aku tau Chesdale yang keju keping tu tapi untuk keju keping biasa atau keju perisa coklat aku tak pasti.
Cantik juga mangkuk ni buat makan bubur.

22 Mac 2011

Cawan Sup Vono

Cawan Sup ni sebenarnya dah lama keluar.Bro Iarrylr dah dapat pada akhir bulan September 2010 lagi.
Dah nak masuk 6 bulan baru aku ternampak kat sini.Kenapa lama sangat baru keluar?
Mungkin juga pasaraya nak habiskan stok yang lama dahulu.
Dapat cawan ni pada minggu lepas,macam terjadi kat Bro Iarrylr aku pun terlepas pandang dan terlepas rak vono ni tapi sebab mata dah tersilau cepat-cepat undur semula...he he he...cawan punya pasal....

Kat rak pun nampak tak banyak tapi aku ambil satu sahaja sebab pada masa itu kena masa 'belanja bajet' sebab banyak barang lain yang nak beli.Tak apalah janji dah dapat satu,kalau ada rezeki boleh tambah lagi.



Related Posts with Thumbnails