Botol ni berasal dari rumah mak mertua,yang kanan buat isi asam keping dan yang sebelah kiri pula buat isi baki buah kurma bulan puasa.Begitulah semestinya kegunaan selepas habis semua isinya dimakan.Bak kata pepatah 'habis madu sepah dibuang' tapi tidak untuk orang kampung apabila membeli produk yang diisi dalam botol,mangkuk atau gelas.Mereka akan kitar semula bekas-bekas tersebut.
Berkenaan botol ini sudah semestinya yang sebelah kiri itu dari produk Milo sebab ada tulisan cetak ditutupnya.Sebelah kanan kenapa tak ada?Sebenarnya sengaja aku nak intremkan.
Aku keliru adakah botol sebelah kanan tu dari produk Milo.Kalau tengok rupabentuk serta warna tutupnya boleh dikatakan 'confirm' dari Milo tapi entahlah aku tak boleh sahkan samaada betul atau tidak.Mungkin juga Milo menggunakan pelekat plastik atau kertas di badan dan tutupnya,aku buat andaian ni kerana aku ada 2 biji gelas plastik dari Milo yang ditampal pelekat plastik dan aku mengesahkan bahawasanya memang gelas itu dari Milo sebab aku dapat yang baru dan ada pelekat. Oleh kerana diguna dan dibasuh maka pelekat itu tertanggal dari badannya.Aku rasa Milo berkemungkinan juga gunakannya pada badan dan tutup botol ni.Banyak kemungkinan sebenarnya dan kemusykilan tak terjawab juga.Kawan-kawan blogger yang tahu boleh tolong jawabkan?
Aku ada 1 biji botol lagi yang sebelah kanan tapi tertinggal kat rumah mak aku dan badannya bogel macam ni juga jadi tak dapatlah nak siasat apa pelekatnya.Apapun aku kumpul aje.


