folooo...

04 November 2011

Cawan Kopitiam Nescafe II



Awal tahun jumpa cawan ni 1 pasang,akhir tahun pula dah jumpa pula 6 pasang.Orang kata kalau dah rezeki tak kemana,kalau bukan rezeki kita dalam mulut pun boleh terkeluar.Ya tak?

Sungguh puas dapat minum teh dan kopi pada sebelah petang dengan menggunakan cawan ini dan mencicah biskut jacobs kedalam minuman didalam cawan ini lalu dimamah dengan lahapnya.Fuh! terasa sedang mengeteh di sebuah kedai kopi dikampung bersama kawan-kawan.

Dengan ini terlebih (extra) la pula cawan ni satu pasang seperti di 28 Januari 2011 yang lalu.

Si penjual pun masih ada 2 set penuh lagi.Siapa-siapa yang berkenan bolehlah sambar.

1 ulasan:

iaryylr berkata...

Cantik Bro Nikths! syabas set lengkap, sangat menarik... syoknya!

Related Posts with Thumbnails