folooo...

28 Februari 2011

Cawan Nescafe Cappucino

Dengan jasabaik Ceker Ayam Atos tuan punya blog oldschool maka dapatlah aku sebiji cawan ni.Sebenarnya rizal ada 6 pasang cawan ni satu jual kat aku dan satu lagi jual kepada yatt,baki 4 biji lagi katanya nak wat koleksi sendiri.Dia juga ada cawan Nescafe Kopitiam Hijau pucuk pisang,memang superb.Aku pun berkenan yang tu tapi tak dilepaskannya,mungkin suatu hari nanti...he he he.....

Berkenaan cawan ni,aku pun tak pasti bilakah dikeluarkan.Cawan mulut lebar ni memang berat dan tebal.Rasanya air panas boleh tahan lama kot sebab tebal.

Pernah juga minum cappucino peket tapi nescafe cappucino aku tak pernah rasa pulak.Sepertimana kata-kata yang tertulis di belakang cawan ni 'Whatever your Flavour...........Sink to Nescafe Cappucino',ia mengajak kita untuk menikmati kesedapan rasa dan aroma nescafe Cappucino walaupun kita suka milo atau teh.
Mungkin buih-buih yang mengembang membuatkan kita tertarik untuk merasainya.








4 ulasan:

Spallan berkata...

jangankan cawan, nescafe cappucino pun belum pernah nampak (atau mungkin tak perasan...) macamana pun, syabas bro, hasil tangkapan yang menarik.

nikths berkata...

TQ bro Spallan.

iaryylr berkata...

Pergh, Nescafe kopicino! syabas! nampak tebal, Teruskan usaha! belum pernah nampak lagi!

nikths berkata...

TQ bro Iaryylr.

Related Posts with Thumbnails