folooo...

28 Januari 2011

Cawan Kopitiam Nescafe

Berbeza sedikit dengan cawan putih nescafe yang pernah dientrikan sebelum ni.Selain warna yang berbeza (ini sedikit kekuningan),bentuk yang ini lebih bulat bontotnya menyerupai cawan kopitiam.Logo 'NESCAFE' pun berbeza dengan yang ini mempunyai garisan memanjang dibawah perkataan nescafe manakala yang putih tiada garisan dan piringnya pula tiada logo. Kata orang Sama Tapi Tak Serupa.Tiada Info dengan xawan ni,ada sesiapa nak berkongsi?

Beg kasut dari Milo

'Bersukan dengan Milo'

Gelas Plastik 'Sunkist Juice'

Rembat kedai apek dengan harga RM.050 sen.

Info berkaitan buah Sunkist:
Selain penghilang dahaga buah limau sunkist adalah baik untuk tubuh.Mengandungi vitamin-vitamin,mineral dan anti oksidan.Diberitakan jus sunkist juga dapat menurunkan kolestrol.menguatkan limfa,meningkatkan kekebalan tubuh,mengubat demam selsema dan infeksi
.Aku kalau kena selsema akan minum jus oren/limau banyak-banyak,sebab diketahui segala jenis oren dan limau mengandungi vitamin C.





21 Januari 2011

Cawan Kopitiam Teh dan Kopi 888


Cawan kopitiam dari teh 888 ni hunting secara online.Diperbuat daripada seramik dan dibuat oleh Claytan,sebuah syarikat pembuatan seramik yang tidak asing lagi di Malaysia.
Tidak tahu pula pembuatannya memang dibuat begitu atau disebabkan dimamah usia.Badan cawan dan piring ini seperti retak seribu.Pada agakan set cawan ini dah lama tetapi tak tahu bila dibuat.Ada sebarang info dari kawan-kawan silalah berikan komen mengenai cawan ini ya!Kita berkongsi apa-apa maklumat.

Sungguh malangnya,sebenarnya set cawan kopitiam teh 888 ini datang dengan 6 set cukup tetapi apa boleh buat dah tak ada rezeki maka jadilah seperti gambar kat atas ni.Nasib baik juga 1 cawan je,kalau banyak,  eeemmm.....

Takpalah bila ada rezeki boleh gantikannya balik walaupun dalam kepayahan menunggu dan mendapatkannya.









20 Januari 2011

Pinggan Makan Kaca Colgate 10''

Pinggan ni dah lama aku tengok kat rak di sebuah pasaraya,macam tak ada yang hendak je! Pinggan makan kat rumah pun dah banyak yang sumbing,tak elok dan tak selamat kalau digunakan.Jadi beli dan gantikan pinggan-pinggan kat rumah tu.Masa beli memang ada cukup-cukup 6 biji,jadi rembat semua sekalilah.Memang dibeli untuk diguna sambil-sambil mengumpul free gift dari barangan pengguna kira menyelam sambil minum air...he he he..

Pinggannya memang sempoi dan cantiklah juga kalau dipandang lama-lama.Satu barangan 'free gift' dari Colgate yang agak lama juga.




Mug Milo 'Malaysia Boleh'

''''Malaysia Boleh'''

15 Januari 2011

Tabung Duit sempena Raya Cina dari Munchy's

Strategi perniagaan yang sangat cerdik dan efektif.Kegunaan secara sekual(berturut) seperti 2 dalam 1.Sebagai pembungkusan biskut untuk pasaran dan tabung duit selepas biskut habis dimakan.
Tabung duit Edisi terhad keuaran Syarikat biskut Munchy;s yang dinamakan 'Munchini' ini tingginya lebih kurang dalam 1 kaki dan diameter lebih kurang 3 inci.
Baru beli semalam dan biskutnya sudah diratah anak-anak tidak sampai 1 hari.Anak-anak aku memang berselera makan.....he he he mcm bapanya juga..
Related Posts with Thumbnails