Memang tidak disangkakan bahawa NESTLE selaku syarikat besar bagi produk konsumer makanan dan minuman berasaskan kopi,koko dan susu dan lain-lainnya di Malaysia membuat satu kesilapan yang besar.
Mungkin mereka tak menjangka tsunami keghairahan peminat-peminat Milo untuk memiliki van-van tersebut.
Apa yang nak aku ceritakan ini adalah berlaku semasa aku nak membuat penebusan van-van tersebut.
Setelah berfikir-fikir aku cuba pergi menjejaki dan meninjau ke Giant SC kot-kot boleh dapat van kat sana.Bila sampai dan puas mengelilingi bahagian Pasaraya Giant itu aku tak menjumpai pun booth penebusan van Milo.Yang lebih ironiknya pekerja kat situ pun tak tahu apa-apa tentang hal ni.Memang betul-betul aku dan yang lainnya ditipu.Selepas itu singgah pula di Carrefour JB,lebih malang lagi pekerja Carrefour menyatakan booth penebusan van Milo hanya dibuat di Carrefour Sutera Mall.
Dengan cuaca yang panas dan jam dah menghampiri ke pukul 12pm terasa badan dah mula letih lesu.hati juga bertambah panas,nasib baik bulan puasa.Memang betul-betul menguji kesabaran.
Satu tempat lagi yang paling dekat iaitu JUSCO Tebrau City, maka bergegas ke sana dengan harapan yang tinggi.
Bila masuk ke pasaraya JUSCO maka nampak orangramai tengah beratur,tetapi hanya dalam 15-20 orang sahaja.Syukur Alhamdulillah apabila ternampak meja dan bunting warna hijau diletakkan disitu.Betul seperti orang kata warna hijau boleh mententeramkan jiwa yang kacau....he he he betul ke?
Apabila sampai, seorang staff perempuan memberitahu sedang menunggu kotak-kotak van-van Milo sedang dipunggah masuk dari lori kat luar JUSCO.Selepas menunggu 10 minit ternampaklah kelibat seorang lagi staff perempuan sedang menolak troli yang berisikan 2 kotak bersaiz besar.
Hanya 2 kotak sahaja?........memang akan ada masalah nanti.
Penebusan hanya dihadkan 4 biji van Milo untuk seorang,sedangkan aku perlukan kesemua van kecik dan besar bagi bulan Jun dan Julai.Setelah berbincang mereka bersetuju memberi lebih dengan syarat nama diatas borang mesti dengan nama lain.Alhamdulillah sekali lagi sebab dapat membawa pulang 8 biji van mini tersebut.Sampai kerumah dah pukul 1pm,sempat lagi bersolat Jumaat.
Keesokan diberitakan oleh kawan aku yang pergi 2 hari berturut-turut kerana kehabisan stok van mini Milo Beliau memberitahu bahawa orang terlalu ramai dan stok habis dalam masa 5 jam sahaja.Juga diberitakan bahawa ada seorang pelanggan yang membolot sampai satu troli penuh semasa hari kedua (semalam).
Setelah membaca komen-komen peminat Facebook Milo Malaysia yang tidak berpuashati dengan pengurusan Milo Malaysia.
Rupa-rupanya bukan sahaja di Johor tetapi diseluruh Malaysia, Milo mengalami masalah tidak menepati masa dan mempunyai stok yang sedikit.Berkali-kali pihak Milo Malaysia meminta maaf dan berjanji mencuba sedaya-upaya menyelesaikan masalah ini pada minggu hadapan.
Mereka juga mengambil inisiatif dengan mengambil borang-borang mereka yang tidak dapat menebus dan akan menghantar van-van tersebut secara pos nanti.Mereka memberi cadangan sesiapa yang ingin menebus van bulan Ogos dari sekarang bolehlah menghantar borang ke Pusat Penebusan Van Milo OMNIteam di PJ.Mereka juga memberitahu van-van ini akan ditambah dengan mengimpot dari luar negeri.Adakah van ini dibuat diluar negeri?....di China?...aku pun tak pasti.
Kemarahan peminat van mini Milo tidak dapat dibendung dan mereka tidak menyetujui tentang pengambilan borang tersebut tanpa ada apa-apa pengesahan.Mereka takut akan kehilangan 'kod bar' mereka.Mereka betul-betul trauma dengan situasi ini.
Diharap Milo betul-betul mengambil langkah drastik untuk menangani masalah tersebut.Diharap minggu-minggu yang akan datang tiada lagi masalah seperti ini berlaku.
Kita tungguuuu.............
Note: Diharap cerita dan info ini diambil iktibar oleh semua pihak terutama pihak Milo supaya perkara ini tidak akan terjadi lagi di masa akan datang.
4 ulasan:
Syabas Bro, sama saja cerita disini, memang satu malaysia peminat milo berkerumun, yang tak patut adalah sampai satu troli orang lain boleh angkut, kalau pergi sekeluarga baru nampak adil, disini tak tentu sekejap seorang boleh ambil 2, sekejap 4, ada yang ambil 8 dan setroli, nama tidak sama ke sama ke semua tempat lebih kurang sama jer masaalahnya, bila hari pertama rojak hari kedua ok sikit tapi sama saja lebih kurang, Nestle juga rasanya sudah sedaya upaya namun line servis penebusan mungkin kurang efisyen. Memang dasyat sambutan van milo ini sebab ianya didatangjkan dengan kotak display dan diecast metal, agak berat dan pelik jika dimainkan...he he he! tinggal lagi 2 beasar dan 2 kecil saja perlu kita dapatkan...he he he!
TQ.Bro iaryylr.Kita hanya nak jadikan koleksi bukan nak menjual.Cukup sekadar 1 set penuh(6 unit) dengan 2 saiz sahaja,yang selebihnya bagi kat orang lain.Milo sepatutnya kaji dahulu perkara ni sebelum membuat promosi ini.Rakyat malaysia yang jadi kolektor bukan sedikit,setiap hari semakin bertambah apatah lagi yang baru nak teruja disebabkan 'kelawaan' dan 'kekiutan'van mini menambat hati dan memacu nafsu untuk memilikinya.Yang teruja untuk memilikinya pun bukan kanak2 tapi dah taraf nenek/datuk pun.
atleast dapat jugak kan? dgrnya ramai yg marah x dapat walaupun dah belanjakan Rm1K utk dptkan codebar tuh (tak tahu lah betul ke tidak) so again, ada yang dah siap2 post kat Mudah utk dijual, ada yang cerita (kisah benar) kawan dia kat Milo tolong amikkan.. camne tuh? Kite tunggu lah dengan penuh sabar.. bulan pose kan.. banyakkan bersabarr.. (2-3 bulan diperlukan utk dpt benda2 tu.. hehe.. silap2 lupa dah..)
dari apa yg saya baca kat FB Milo Malaysia peminat van Milo kena tunggu hingga 5 bulan untuk dapatkannya sebab van baru dipesan dan diimpot dari luar negeri.Jawabnya raya cina tahun depan dapat.
Catat Ulasan