folooo...

31 Ogos 2010

Tin Edisi Terhad


Ukuran 18cm(P) X 15cm(L) X 7cm(T)

Pandangan bawah tin

Tin Edisi Terhad dari Lipton ini aku dapat pada penghujung atau awal bulan Julai 2010.Pembelian Teh Uncang Lipton Yellow Label 100 uncang yang disumbat ke dalam tin ini dibeli di Pasaraya Econsave cawangan Pasir Gudang.
Nasib aku agak baik kerana semasa hendak membeli teh ini hanya ada 1 tin sahaja kat rak dan aku pergi pun dah agak terlewat dari promosi.Menurut jurujual kat pasaraya tersebut tin ini dah macam goreng pisang panas.Aku cuba juga pergi ke pasaraya dan kedai lain,memang stoknya dah habis menurut tokey kedai tersebut yang ada hanya promosi teh buahan dan yang biasa.

Aku memang pengemar kopi dan teh sejak dari dulu.Sebelum ini aku minum teh BOH.Sekarang dah bertukar ke Lipton.
LIPTON ada kepuasan bila meminumnya.....ewaaah! macam pelakon iklan  la pulak!
pelakon iklan tak berbayar!!........he he he..Terima kasih LIPTON!














30 Ogos 2010

Kawaii Cup Shokubutsu



Kawaii Cup ni adalah hadiah percuma dari pembelian 1 kotak mandian Shokubutsu.Setiap kotak Shokubutsu ni mengandungi 2 pek mandian dan ada 4 jenis mandian kalau aku tak silap,terlupa nak check pulak! Aku paling suka jenis Thai ( serai/kunyit ) dan Balinese ( Basil ).

Kawaii Cup ni ada 6 semuanya dan setiap satunya ada namanya yang tersendiri dan kod warnanya.Aku baru ada 3 biji,warna Merah ( Chiyo ),Putih(Mayumi) dan Hijau ( Yuki ).Cuba nak kumpulkan kesemuanya sekali baru cantik...kan?

Kat kotak hadiah ni ada 'display' kegunaannya seperti bekas pen/pensil,gelas minuman dan pasu bunga kecil yang diletak diatas meja.Aku tak buat apa-apa pun sekadar letak dalam kotaknya dan simpan dalam almari.

Sebenarnya Shokubutsu pernah ada keluarkan jenis patung kawaii ni dalam bentuk dispenser untuk letak mandiannya.Aku ada kumpul 2 biji, aku akan posting kemudian nanti.
Mana yang tak ada lagi boleh kumpul sekarang sementara stok masih ada...kalau tak, aku sapu semua ....ha ha ha.....

29 Ogos 2010

Sudu Besi Lipton

Sudu besi ni aku dapat masa membeli teh uncang Lipton ( 50 uncang ) di satu Pasaraya ditempat aku, yang peliknya kenapa Pasaraya ni je yang ada jual pek ini tapi Pasaraya lain yang besar tak ada pulak.Dah terjumpa tu rembat aje lah.Puas aku fikir kenapa Lipton buat sudu bengkok macam ni..apa gunanya pun aku tak tahu...siapa yang tahu tu bolehlah beritahu ye!.....kita kongsi maklumat.

Beli teh uncang ni pada penghujung bulan Julai 2010.Masa beli tu masih banyak lagi tersusun di rak,aku ingat nak pergi repeat sekali lagi untuk sambar sudu ni.Kalau boleh nak cukupkan 6 bilah itu pun kalau orangramai tak suka minum teh Lipton ni,kalau tak?.........eeemmm...nasiblah kan!!!

MUG Ali cafe POWER ROOTS

Mug Ali Cafe ini sudah lama dapat.sebenarnya,tak silap aku tahun 2008.Aku kumpul mug ini sebanyak 13 biji dari keluaran pertama hingga terkini sebelum mug 2010 dikeluarkan..Pada masa tu tak terfikir pulak nak kumpul dan simpan walaupun memang minat beli barangan yang ada 'hadiah tapi bila dapat terus je guna seisi keluarga.Bila dah banyak pecah,sumbing,tangkai patah maka inilah satu-satunya yang tinggal.Dari sinilah aktiviti mengumpul aku bermula tambahan mendapat lampu hijau dan sokongan dari orang tersayang he he he........

Beli Ali Cafe ni pun sebab ada Peraduan Jutawan Power Root.Beli dah bertahun-tahun seingat aku berlori dah aku beli tapi satu pun tak sangkut...memang bukan rezeki aku la tu..."Ingat Pakcik nak dapat Mottor"(tiru wak jawa cakap) ha ha ha...
Apapun mug ini dapat juga buat kenangan dari Ali Cafe...simpan ajee lah....
Related Posts with Thumbnails