folooo...

21 November 2010

Mug Nesvita 2010

Mug Nesvita 2010,saiznya lebih kurus daripada mug biasa.Terdapat 4 pilihan warna untuk dikumpul iaitu hijau,biru,merah dan oren-kecoklatan.Aku hanya mempunyai 3 biji mug dengan 2 warna.Mug hijau ni yang pertama dapat,mug kedua dan ketiga adalah warna biru sebab beli pek promo kat kedai yang sama,hanya warna biru sahaja yang ada dan masih banyak lagi.

Mug Ali Cafe 2010

Beli Ali Cafe Premium Gold dapatlah sebiji mug kecil ini.Pembelian ini adalah pada bulan September 2010.Pada masa sekarang promo untuk mug ini dikeluarkan balik oleh Power Root ataupun mungkin pasaraya menyimpan stok promo yang dulu dan keluarkan balik pada November ini.Tak berapa pasti pulak tapi yang penting aku dah menambah koleksi dari satu menjadi 2 biji mug sebab promo bulan September sempat sambar 1 sahaja,insya Allah kalau ada rezeki boleh tambah lagi.Mug ini saiznya kecil sahaja sebesar cawan atau bekas gula nescafe.

Trading Card Pemain Bolasepak Piala Dunia 2010


Dapat kad ini dah lama iaitu pada bulan Ogos dimana temasya sukan bolasepak Piala Dunia 2010 dah pun berahkir beberapa minggu.Beli 1 pek(5 botol) susu kultur Astrogen akan dapat 1 pek (5 keping kad pemain bolasepak Piala Dunia).Aku hanya dapat kumpul 4 pek sahaja sebab dah terlewat beli sebab tak perasan ada promo ini.Tak pasti berapa banyak kad pemain yang dikeluarkan.

14 November 2010

Gelas Peel Fresh dari marigold


Pembelian 2 kotak X 1 liter susu buah-buahan Peel Fresh sama ada dari yang biasa atau tanpa gula.
Mula-mula perhatikan gelas ini ingatkan dari kaca rupanya dibuat dari plastik damar (kata orang kampung) ataupun bahasa modennya akrilik(acrylic).gelas ini memang cantik seakan-akan bentuk gelas coca-cola tapi sayangnya Marigold keluarkannya dalam bentuk plastik kalau tidak aku rasa ramai yang berebut untuk mendapatkannya.

13 November 2010

Peralatan Lukisan Teknikal zaman Oldskool


Peralatan ini adalah kepunyaan sendiri semasa bersekolah tingkatan 5 di salah satu sekolah teknik di Malaysia.Pada masa itu sekolah teknik hanya ada 9 buah sahaja dan aliran yang ada pada masa itu adalah kejuruteraan mekanikal,kejuruteraan binaan dan perdagangan & ekonomi.
Peralatan ini sudah menjangkau 25 tahun umurnya,kira dah jadi jubli perak seusia dengan jenama kereta nasional Proton.Tengoklah keadaan kotak dan alatannya yang pudar dan lusuh selari dengan usianya tetapi masih lagi boleh memberi perkhidmatan yang cemerlang.Sekarang sudah tidak digunakan lagi kerana sudah lama meninggalkan alam persekolahan.
Sebenarnya ada beberapa peralatan lagi yang digunakan bersama alat ini iaitu papan lukisan,set square@sesiku (2 keping sesiku segitiga yang mempunyai sudut 90,60,30 dan sudut 90,45,45), T-square@sesiku T,French Curve (alatan melukis garisan lengkung) dan yang terpenting sekali 3 kategori pensil iaitu H,HB dan 2H yang matanya bersaiz 0.3mm bagi 2H manakala 0.5mm 0.7mm bagi H dan HB.
Pensil yang digunakan adalah jenis pensil tekan berjenama PENTEL (sori la gambar pensil tak dapat disiarkan kerana pensil dah lama hilang).
Merujuk balik kepada peralatan melukis ini kotaknya diperbuat daripada kayu yang dibalut dengan kulit getah tiruan dan bahagian dalamnya dibalut baldu hitam dan sebenarnya ada kain kuning berchop 'BOFA' serupa dengan kain mengelap cermin mata yang disediakan bersama-sama untuk mengelap alatan selepas digunakan tetapi kain tersebut sudah koyak dan hancur.
Syarikat BOFA masih lagi mengeluarkan peralatan ini tetapi dengan teknologi pembungkusan yang baru.'BOFA SET' sekarang diletakkan didalam kotak acrylic dan penutupnya adalah jernih bagi menampakkan peralatan.
Peralatan ini mempunyai beberapa saiz kotak dari yang paling kecil(set paling asas) sehingga yang terbesar(set penuh) yang mana alatan didalamnya ada 2 alatan yang paling asas sahaja bagi kotak kecik dan set penuh mempunyai semua bentuk alatan bagi kegunaan yang menyeluruh.
Aku hanya gunakan yang saiz sederhana sahaja sebab membazir membeli set penuh kerana tidak semua alatan yang digunakan.
Apabila sesekali membelek peralatan ini maka terkenang zaman persekolahan dulu yang banyak mengamit memori pahit manis sewaktu bergelar pelajar.Sungguh nostalgia........






12 November 2010

Cawan Putih Nescafe

Dapat jember sepasang cawan dan piring  untuk jadi penguat semangat mencari yang lain.Harap-harap murah rezeki.
Aku tiada info mengenai cawan Nescafe ini.Kalau geng2 ada info boleh kongsi.
Ali Cafe Power Root pernah keluarkan cawan putih,pernah terlihat sekali sebelum ni.Bentuknya seperti cawan dumex yang lama tirus sikit kat bawah.

10 November 2010

Set mangkuk dari Cereal Nestle

Akhirnya lengkap 4 biji mangkuk dari cereal Nestle.Yang paling susah cari adalah yang kaler coklat.Baru 3 hari lepas dapat setelah pusing kedai selama 2 minggu.Gambar pertama entrimkan sekali sudu dari cereal Nestle tapi kenapa tak sama ek!!?

09 November 2010

Sunquick: Tema Buah-buahan Campuran

2 biji gelas tema buah-buahan campuran.Berbeza corak cetakan dan berlainan bentuk gelas.
Aku kekurangan info tentang 2 gelas ini.Boleh bantu?

07 November 2010

Tali Pinggang Besi zaman Oldskool

Entri kali ini berlainan sedikit,asyik tengok gelas dan mug jemu juga kan.Kita beralih arah pula ke zaman lampau dan oldskool.Boleh la dikatakan antik..... Antik ke?
Tali pinggang besi ini adalah kepunyaan mak aku yang dipindah milik kepada aku kerana dia tahu aku suka kumpul barang lama.Tali pinggang besi ni sudah lama mak aku miliki iaitu sekitar akhir 60an dan awal 70an.Ketika itu baju kebaya dan kain sarung batik menjadi kegilaan wanita melayu pada zaman tersebut.Tali pinggang ini digunakan untuk mengetatkan ikatan kain yang dipakai,seperti mana Haji-Haji pakai tali pinggang besar dengan pelikat.Kalau tak pakai tali pinggang ni alamat kalau berjalan mesti terburai kain.
Masa terus beredar, pada akhir 70an dan awal 80an wanita-wanita melayu tidak nampak lagi memakai baju kebaya dan sarung batik kerana pemakaian baju kurung menggantikannya dan begitu popular dikalangan wanita baik yang remaja atau orang dewasa sehinggalah sekarang.Kalau ada yang memakainya pun mungkin nenek-nenek atau moyang-moyang kita dan nyonya Melaka.Maka tali pinggang ini menjadi bahan sejarah fesyen wanita zaman dulu-dulu
Ada juga tali pinggang seperti ini dibuat daripada tembaga dan harganya lebih mahal sedikit daripada besi.Tali pinggang tembaga hanya yang berkemampuan sahaja dapat memilikinya.

Beg kitar semula coklat Oligo Power Roots

Beli beg ni dah lama,kalau tak silap awal bulan Oktober.Pembelian minuman coklat Pra-campur Oligo Power Roots sebanyak 2 bungkus.Beg ini dipek sekali dengan 2 bungkus coklat Oligo tersebut.Koleksi beg kitar semula aku tak banyak sangat kalau nak dibandingkan dengan bro iaryylr dan bro spallan Baru nak bejinak-jinak mengumpulnya.Kira baru datang minatnya.Ok lah tu! bermula dari sedikit lama-lama jadi banyak jugakan?

05 November 2010

Bekas Creamer Merah Nescafe





Berjember hari ni kat pasaraya dengan beli Nescafe Classic 200g.Dapatlah bekas creamer seperti yang diwar-warkan pada minggu lepas.Sebenarnya nampak bekas creamer ni pada 29 Okt yang lepas tapi rezeki tak ada masa tu sebab pek Nescafe Classic 200g tak ada pulak kat rak.Selepas itu masa pula tak ada untuk menjenguk ke pasaraya sehingga ke hari ini.Alhamdulillah masih banyak lagi bekas ni kat kaunter.Mungkin betul seperti bro Iaryylr kata bekas ni untuk promo bulan November 2010.
Bekas ini memang comel dan kiut dan saiznya kecil sahaja,lupa nak sukat berapa banyak air/susu yang boleh isi kedalamnya.Yang herannya kenapa bekas creamer ni tak dibuat tangkainya,kalau ada tangkai baru lebih bergaya.Untuk geng2 pengumpul sila dapatkan sekarang dipasaran sebelum kehabisan stok.

02 November 2010

SunQuick : Tema Bunga


 
 sedikit sompek pada bibir gelas

Gelas ni aku panggil gelas 3 beradik lah sebab ada 3,tak tahu pulak ada yang lain untuk set yang ni.Biasanya gelas sunquick tema buah-buahan tapi yang ni ada tema bunga pulak.Mengikut pengalaman dan ingatan aku penggunaan gelas tema bunga ni cukup popular pada zaman 80an,mungkin juga sunquick teruja mengeluarkan gelas tema bunga kerana kepopulariti pada masa tu.Apapun kena tanya otai-otai gelas pasal info ni.Aku tak ada apa-apa berani nak bagi info pasal gelas ni.Inilah pertama kali aku tengok gelas sunquick tema bunga.

Pada gambar no.3 tu ada sedikit sompek pada bibir gelas,aku tak pasti bila terjadinya sebab aku tak periksa pulak masa ambil sebab nak cepat.Bagi aku tak kisahlah sebab sikit je dan tak menjejaskan corak di gelas tu.

Aku semakin kemaruk pulak pada gelas sunquick sebab cantik-cantik.Sekarang ni tengah mengendap gelas sunquick nenas 2007 macam bro loncos dan pak haji.Mana nak dapat ek?

9 gelas sunquick mini reunion

Inilah 9 biji gelas yang diceritakan hari tu.Aku dapat dari seorang kawan di tempat kerja.Gelas ni bukan dia punya tapi dari rumah mertuanya.Aku angkat borong gelas-gelas ni dengan harga patut.
Ini hanya sebahagian kecil dari koleksi mertua kawan aku tu,sebenar ada berkotak-kotak lagi dia simpan bawah katil dengan bermacam-macam jenama.Banyak juga gelas yang aku nak tak dibaginya....hu hu ..hu..nak buat kenangan katanya.Sesetengah darinya semasa zaman isterinya bersekolah rendah lagi,sekarang isterinya dah pun berumur 30 tahun.Mungkin gelas-gelas tu zaman era akhir 80an atau awal 90an.
Kalau nak tengok lebih dekat nanti aku N3 yang lain.
Related Posts with Thumbnails