folooo...

27 September 2010

Tin bekas cendawan kering

Jenama 'Premium Gold'

AMWAY MALAYSIA
Bekas tin cendawan kering siap dimakan keluaran 'PREMIUM GOLD' dan dipek untuk AMWAY MALAYSIA dikeluarkan pada tahun 2000.Tak tahu pulak sekarang masih ada dikeluarkan lagi atau tidak.

26 September 2010

Drinho 'SMART BEAN'

Gelas Drinho plastik
Gambar binatang


Dah lama benar dapat ni tapi lupa dimana dan bila dapat.

25 September 2010

Ambi Pur ada keluarkan lampu ke?







Seminggu berhari raya di kampung tempuh hari banyak menggunakan kereta,kat kampung pula selalu hujan turun.Kereta dah berkecah,kotor dan berbau.Pewangi kereta pulak dah lama habis lupa pula nak beli,kepala asyik fokus pada nescafe je..ha ha ha..

Memang dah lama tau pasal lampu ni dan dah cuba jenguk2 juga tapi tak nampak pulak promosi pewangi bersama lampu ni jadi biarkan aje.Lama-lama lupa pulak pasal pewangi ni.
3 hari lepas bila masuk kereta dah rasa tak selesa sebab 'kurang wangi' maka niat dalam hati nak beli pewangi kereta.Tak ingat pun pasal lampu ni ada promosi.Bila pergi ke rak pewangi-pewangi kereta ternampak lampu ni terus je ambik,lagipun lampu suluh kat kereta tak ada bagus juga kalau ambik pek promo ni dapat juga guna lampu ni.
Memang lampu ni 'familiar' sangat dengan lampu buatan china sebab ayah aku pun ada pakai buatan china tu,sebijik sama tapi sebab dah ada cop 'Ambi Pur' tu aku bedal je,benda percuma dan yang penting boleh tambah barangan koleksi aku.

Aku memang suka lampu suluh ni praktikal,ringan dan cantik.Orang lain aku tak tau la.Persepsi masing-masing.Kesukaan seseorang adalah subjektif!
Apapun layaaaaan aje!!.........

Cereal Nestle Koko KrunchDuo

Buat makan koko krunch, sudu pun dah ada.

24 September 2010

Tin Mini Edisi Terhad Lipton





Akhirnya cukup sudah set untuk tin mini edisi terhad jenama teh LIPTON.Pengumpulan selama 2 bulan,hanya satu kedai sahaja yang ada menjual pek teh Lipton tin mini ini.

Lain-lain link untuk tin ini :-
http://spallanpunya.blogspot.com/2010/07/tin-lipton.html
http://raslibotoloren.blogspot.com/search/label/LIPTON

Gelas Hack - Generasi ke Generasi

Generasi ke Generasi
Satu-satunya gelas HACK yang aku ada.Aku tiada info tentang gelas ni.

Sudu plastik dari Nestle Cereals


Selain milo 3 cereals lagi adalah Honey Star,Cookies cries dan Koko Krunch
cop 'Nestle'




sudu hijau milo

















3 hari lepas anak nak bersarapan dengan koko krunch,terpaksa pergi kedai cari sebab kalau tak beli nanti mogok lapar la pulak.Anak-anak sekarang dah pandai buat bantahan tidak macam budak-budak dahulu ikut cakap mak bapak lagipun benda-benda macam ni mana nak jumpa memang tak ada.

Berbalik tentang sudu ni aku terperasan bila ambil kotak koko krunch pek sederhana,( berat pek aku tak periksa pulak).Sudu edisi terhad ni ada 4 warna pilihan hijau,biru,kuning dan merah.Setiap warna mewakili satu produk, hijau dah tentu untuk MILO,biru untuk HONEY STAR,merah dan kuning untuk KOKO KRUNCH dan COOKIES CRISP.

Apa yang pasti 4 produk ni untuk 4 warna sudu dengan nama masing-masing.
Dalam koleksi Nescafe ada sudu,Lipton ada sudu,mestilah untuk cereals ni pun kena ada sudu juga kan?
Aku juga terperasan teh BOH pun ada bagi sudu plastik macam ni juga, yang bezanya sedikit nipis dan 'bersayap' sedikit pada hujung pemegangnya.

23 September 2010

Tumbler Ovaltine 'Doraemon'

3 warna 'Botol Sukan Doraemon'
Ovaltine  ' CRUNCHY'














Disebuah pasaraya sedang membelek produk-produk minuman untuk dibeli
Pada rak Ovaltine ada 3 jenis produk ni yang bagi 'collectable item' yang berlainan

1). Trading card 'Transformers' - mungkin dah lama sebab ada 1 bungkus je,peknya pun nampak terbuka dan berhabuk.
2). Beg woven alam sekitar - nampak besar sangat beg ni dan tebal sebab peknya besar dari pek 'tumbler'.
3). Botol SukanDoraemon - pilihan 3 jenis design dan warna.

Aku prefer yang nombor 3.sebab murah sikit dari nombor 2,manakala pek nombor 1 pek lama dan terbuka pulak tu.

Apapun aku harap info ni berguna kepada peminat-peminat botol air/bocong/tumbler ni terutama peminat fanatik 'bocong' Bro Rasli di 'raslibotoloren pahang'.

Tin Cokelat Almond Vochelle

gambar 'design' tin terkini (gambar dari internet)
tin simpanan aku,dapat macam ini belum dibersihkan lagi.(tanda hitam bekas salotape)
sebelah dalam tin
tiada cetakan belakangnya berbeza dengan yang baru.
Tin ni sebenarnya hadiah hamper hariraya antara tahun 1997-1999,aku pun dah tak ingat.
'Design' tin ini adalah yang lama dan aku pun tak pasti dah berapa kali designnya ditukar.Yang terbaru adalah seperti gambar yang pertama.Aku pun jarang makan coklat jadi tak mengikuti sangat perkembangan pasal pembungkusan cokelat ni.

Sekarang dah ada tin,mungkin lain kali aku suka kot? Apa yang pasti anak-aku pantang nampak cokelat,memang suka sesangat.
Bagi peminat/pengumpul tin yang lain, layaaaaan!!!

20 September 2010

Cegahlah osteoporosis dengan susu ANLENE

Susu untuk wanita
senaman baik untuk kesihatan tulang dan otot
Souvenir dari susu ANLENE,wanita perlu minum susu ni untuk menjaga tulang mereka dari reput.Selagi meningkat usia wanita makin reput tulangnya maka disarankan wanita meminum susu ni untuk mencegah 'Osteoporosis'.Mug ni juga dilengkapkan dengan 'tips' meminumnya, 1 mug 2 kali sehari,4 sudu besar tepung susu untuk 1 mug pada paras yang dilabelkan.

Support dari orang rumah untuk mug ni dengan harga sebungkus nasi lemak bagi setiap mug.

Aku tak tahu sangat info pasal mug ni, berapa biji corak lukisan dikeluarkan dan bila dipromosikan pun aku tak pasti.

Apapun mug ni memang cantik pada pandangan mata aku la...

Menabunglah di TABUNG HAJI



Tabung duit TH ni belinya sudah lama bersama dengan mug tapi mugnya sudah pecah.Barangan souvenir Tabung Haji memang ada dijual kepada orang ramai,aku pun dah lama tak menjenguk ke Tabung Haji sejak bank-in duit guna online atau pergi je ke Bank Islam.

Untuk mendapatkan mug dan tabung ni memang kena keluarkan duit dan harganya boleh dikatakan mahal,harga untuk mug sahaja RM25.00 tapi sebab nak simpan/kumpul ambil je.Tabung ni aku lupa berapa harganya.
Ada 2 warna bagi tabung ni hitam dan kuning dengan rangkanya putih.Tabung ni dimasukkan duit  di sebelah atas dan boleh dikeluarkan di bahagian tapak bawahnya dengan menggunakan kunci kecil,kuncinya ntah mana aku letak.Kunci tu gempak je sebenarnya boleh pun buka dengan cungkil sedikit penutupnya.
Aku tak pernah pun simpan duit syiling dalam tabung ni,selalu simpan syiling guna bekas plastik yang buat isi tauhu panas macam kat pasar malam je.

Kumpul sebagai ingatan sempena pembukaan akaun anak sulung kat Tabung Haji pada 2001.

18 September 2010

Gunting Rambut Oldskool

Dibuat di Perancis oleh syarikat USA
masih baru belum diguna dibungkus kertas berminyak
F.O.C souvenir dari penjual, seekor orang utan yg ditambat pd menara Effeil

Aku dapatkan gunting ini dengan membeli dari seorang collector di JB.Matlamat untuk mengembalikan kenangan nostalgia semasa kanak-kanak dahulu dan juga untuk tatapan anak-cucu supaya dapat lihat alat yang digunakan oleh bapa dan atuk mereka dulu.
Gunting ini stok lama tapi belum pernah digunakan lagi,masih dalam kertas minyak dan berkotak.
Jenama 'John Oster' ni keluaran sebuah syarikat dari USA dan dikeluarkan di negeri Perancis.
Digunakan di Malaysia sekitar tahun 60an-70an.Gunting dah ada..., pisau cukur pun dah ada...apa lagi ya?

Botol Air Aluminium Castrol

Hadiah dari pembelian Minyak Pelincir enjin kereta iaitu 'minyak cicak' Castrol Magnatec.
Promosi bagi 2 tahun lepas.Magnatec banyak bagi souvenir bila beli minyaknya.Pernah dapat baju 'T' BMW Castrol F1 dan beg pakaian BMW Castrol F1.Botol ni saiz kecil tingginya lebih kurang 6-7 inci sahaja.

17 September 2010

Rantai Kunci Adidas Special Edition World Cup 2010


Special Edition 2010
Body Spray & Eue De Toilette

Inilah rantai kunci dari adidas






Sebenarnya ada cerita sedih aku semasa pembelian barangan ni.Suatu hari aku temankan isteri membeli-belah barangan keperluan anak kecil di sebuah pasaraya di tingkat atas.Sesudah membayar di kaunter maka ajaklah isteri ke tingkat bawah,saje je jalan-jalan cuci mata.Tengah melilau-lilau tu terpandanglah benda alah ni dan terus Terjah!Harga dibawah RM50,periksa dompet duit ada baki not 50 sekeping(hati terus kata setuju)Selepas belek-belek dan pegang- letak sebanyak 2 kali terus je ambik dan bayar di kaunter.Sesudah bayar isteri tunjuk kat budak Milo tengah buat promosi pek Milo 2kg(RM27).Promosi beli 2 pek Milo 2kg akan dapat 1 buah beg dan 1 biji bola kenit macam yang bro spallan punya.seperti kat sini http://spallanpunya.blogspot.com/search/label/Milo. Budget dah tak ada kena tunggu gaji akan datang,tup-tup dapat gaji promosi dah habis.Apa nak buat dah nasib badan,yang dikejar bola kecik rupa-rupanya ada lagi besar daripada tu hu hu hu.........Dah bukan rezeki aku!.....








Gelas Coca-Cola McD World Cup 2010

set 6 biji gelas

hexagon box
cantik , tertarik, memang de boom

World Cup 2010 South Africa memang sudah lama habis dan mencipta sejarah yang tak diduga.
Banyak kenangan pahit dan juga manis bagi setiap peminat bolasepak dunia.Setiap orang akan mendapatkan satu tanda atau cenderahati bagi ingatan dan kenangan semasa temasya ini.
Bagi aku ini je lah dapat aku buat kenangan sempena temasya tersebut.

Set gelas ni aku beli dari seorang collector di JB dengan harga yang agak lumayan juga lah dan inilah satu-satunya set gelas coca-cola yang aku ada.Aku rasa otai-otai pengumpul barangan coca-cola lagi banyak koleksi gelas coca-cola mereka termasuk yang ini.

Apapun aku letak je lah untuk tatapan kawan-kawan.

16 September 2010

Gelas Lama Colgate

emboss bontotnya tidak sekata (senget)

pandangan dalam gelas ( Emboss 'Colgate')

dasarnya tidak rata
gelas simple

Dapat gelas ni masa balik raya minggu lepas rumah bonda (menjember semasa raya he he he.....)
Pada mulanya tak perasan pulak tapak(bontotnya) dicetak tak sekata.'Emboss Colgate tidak berada pada tengah-tengah dan terbalik,gelang tapaknya senget dan mengecil pada satu bahagian.
Kemungkinan gelas ni gelas 'reject' kerana pembuatan yang tidak sempurna.Aku pun tak tahu macamana gelas ni boleh ada kat rumah mak aku.Dia guna gelas bukan buat minum pun tapi tempat letak alat-alat solek,sedih tengok gelas ni kotor dan berabuk.Lepas dibasuh baru menampakkan wajahnya yang sebenar, macam baru he he he....dan yang membuat aku tertarik kerana keunikannya dek kerana 'kecacatannya'.

Satu gelas yang simple dan menarik dari COLGATE.Tahun dikeluarkan aku tak tahu sebab belum pernah tengok gelas ni sebelum ni....

Gelas INDOCAFE

Tiada Info mengenai gelas ni.Siapa tahu boleh komen.
Related Posts with Thumbnails